Khamis, 3 September 2009

terapi minda

Hidup ini menjadi bermakna apabila ilmu kita terus
bertambah dari masa ke semasa. Sesungguhnya
kesalahan dan kesilapan tidak menjadi penyebab
manusia terjerumus kedalam siksaan Allah kerana
manusia sentiasa melakukan kesalahan dan kesila-
pan. Tetapi, sifat tidak mahu memperbaiki diri yang
menjadi penyebab kita hampir dengan azab Allah.
Sebesar manapun kesalahan kita dapat dihapuskan
dengan bertaubat. Asalkan kita segera meninggal-
kan kesalahan itu dan berusaha memperbaiki diri
sendiri.

Firman Allah yang bermaksud,
" Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan
sesuatu kaum hingga mereka mengubah keadaan
yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah
menghendaki keburukan pada sesuatu kaum, tidak
ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak
akan ada pelindung bagi mereka selain Dia."
( Surah ar-Ra'd;11)

--
Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...



Tiada ulasan: