Ahad, 27 September 2009

Makan Yang Mendatangkan Pahala,

Daripada Anas r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah itu nescayalah redha pada seseorang hambaNya, jikalau ia
makan sesuatu makanan lalu memuji kepada Allah kerana adanya makanan itu, atau
minum suatu minuman lalu memuji padanya kerana adanya minuman itu."

(Riwayat Muslim

Mulut Disumbat, Tangan Diikat, Lalu Dibawa Ke Satu Tempat

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila janazah itu telah diletakkan (dalam usungan) dan orang-orang lelaki
membawanya di atas bahu-bahunya (diangkat ke kubur), maka jikalau janazah itu
soleh, ia berkata:
Dahulukanlah aku, dahulukanlah aku,"(yakni segerakan ditanam kerana sudah amat
rindu pada kerahmatan serta kenikmatan dalam kubur).

Tetapi jikalau janazah itu bukan shalih, maka ia pun berkata: Aduhai celakanya
tubuhku, ke mana engkau semua membawa tubuhku ini. Suara janazah itu dapat
didengar oleh segala benda, melainkan manusia, sebab andaikata ia mendengarnya,
tentulah ia akan mati sekali."

(Riwayat Bukhari)

Sabtu, 26 September 2009

rahsia doa yang mustajab


Doa merupakan satu ibadat yang amat dianjurkan dalam Islam. Allah berfirman yang bermaksud:
“Telah berkata Tuhan kamu agar kamu berdoa kepadaKu, nescaya Aku mengkabulkan doa kamu!”(Al-Ghafir 60)

FirmanNya lagi:
Artinya: “Serulah Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan secara sembunyi-sembunyi.” (Al-A’raf 55)

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya` Ulumiddin menyebut sepuluh adab-adab berdoa:

-Hendaklah menunggu waktu yang dimuliakan, seperti hari Arafah, pada bulan Ramadhan, pada hari Jumaat, waktu sepertiga yang terakhir dari malam dan waktu sahur.

-Hendaklah dia memilih keadaan-keadaan yang dimuliakan, seperti dalam keadaan bersujud, dalam pertempuran di medan perang, turunnya hujan, dalam keadaan hendak mendirikan solat dan sesudahnya.

-Hendaklah dia menghadap kiblat, menggangkat kedua belah tangan lalu menyapukannya pula pada wajah setelah selesai berdoa
-Hendaklah dia memperimbangkan suara di antara perlahan dan nyaring.
-Hendaklah dia tidak memaksa bersajak dalam berdoa. Memilih doa-doa yang dilafazkan oleh Rasulallah SAW.
-Hendaklah dia merendah diri, khusyuk dan menyimpan perasaan takut.
-Meminta dengan penuh hati dan yakin akan dimustajabkan oleh Allah.
-Hendaklah dia serius dalam doanya serta mengulanginya sampai tiga kali, jangan pula merasa terlalu lama mendapat pengabulannya.
-Hendaklah dia membuka doanya dengan menyebut nama Allah Ta`ala. Kata Imam Nawawi; Demikian juga hendaklah dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
-Bertaubat dan mengembalikan barang yang dizalimi serta kembali kepada Allah S.W.T.

QIYAMULLAIL JALAN ORANG YANG SOLEH

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman

QIYAMULLAIL JALAN ORANG YANG SOLEH

Qiamullail ialah mendirikan atau menghidupkan malam dengan ibadat-ibadat sunat samada solat mahupun membaca Al-Quran. Ianya merupakan jalan orang-orang yang soleh, cara mendekatkan diri kepada Allah, penghapus kepada dosa-dosa dan penangkis kepada sifat hasad dengki.
Ibadat ini mengangkat orang yang beriman kepada kemulian dan akan dibangkitkan di sisi Allah pada maqam yang terpuji. Hanya orang yang baik serta bertakwa yang mampu memelihara ibadat yang suci ini. Allah S.W.T memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w supaya menghidupkan malam dengan firmanNya dalam surah Isra' ayat 79.

ومن الليل فتهجد به نافلة عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.

Dalam surah Al-Furqan ayat 64 Allah menjelas sifat hamba-hamba Allah yang diredhaiNya:

والذين يبيتون لربهم سجدا وقياما

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.

Di antara 3 golongan yang dicintai Allah ialah lelaki yang mempunyai isteri yang cantik, tempat tidur yang nyaman, maka dia meninggalkannya seketika untuk melaksanakan solat malam. Allah berfirman kepadanya, "dia meninggalkan syahwatnya, dan mengingatiKu, kalau dia mahu dia boleh meneruskan tidurnya".

Dalam mencari kesempurnaan ibadat qiyamullail beberapa adab yang diajar oleh Rasulullah s.aw. harus dipatuhi:
  • Berniat untuk bangun malam ketika hendak tidur.
  • Menyapu wajahnya ketika bangun malam, bersugi dan melihat ke langit sambil berdoa.
  • Memulakan dengan solat dua rakaat yang ringan.
  • Menggerakkan ahli keluarganya untuk turut sama.
  • Hendaklah dia berhenti daripada solat ketika mengantuk sehingga hilang mengantuknya.
  • Jangan memaksa dirinya. Lakukan mengikut kemampuan sahaja.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk meneruskan tradisi dan jalan orang yang soleh dan memasukkan dalam golongan yang mulia ini.


selawat kepada nabi

SALAWAT KEPADA NABI

Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad

Ya Allah
dengan segala hikmat, rahsia, keberkatan salawat dan dengan
kemuliaan nabi-Mu dan Ahlulbaitnya, aku mohon agar Engkau makbulkan segala hajat hamba-Mu ini.

Fadhilat Salawat

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

• Riwayat Ad-Dailami
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "
• Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali "
• Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku"
• Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. "

Ayat Salawat

Iaitu firmanNya di dalam (Surah al-Ahzab (33):56):"Sesungguh nya Allah dan malaikat-malaikatNy a bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."
Imam Syafi'i dalam Musnadnya berkata: Ibrahim bin Muhammad telah memberitahukan kami bahawa Safwan bin Sulaiman telah memberitahukan kami daripada Abi Salmah daripada 'Abdu r-Rahman daripada Abu Hurairah dia bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami bersalawat ke atas anda? Maka Rasulullah SAW menjawab: Kalian berkata: Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad (al-Musnad, II, hlm. 97).
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah (al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 144) mencatat riwayat daripada Ka'ab bin Ijrah. Dia berkata: Apabila turun ayat ini, kami bertanya wahai Rasulullah! Kami mengetahui bagaimana kami memberi salam ke atas anda. Tetapi kami tidak mengetahui bagaimana kami bersalawat ke atas anda? Maka beliau SAW bersabda: Kalian katakanlah Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad. Dan diriwayatkan daripada Nabi
SAW, berliau bersabda: Janganlah kalian bersalawat ke atasku dengan salawat yang terputus. Lalu mereka bertanya: Apakah salawat terputus itu? Beliau menjawab: Kalian berkata: Allahumma Salli 'Ala Muhammad, kemudian kalian berhenti. Justeru itu katakan: Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad.
Al-Qurtubi di dalam Jami' li-Ahkam al-Qur'an (al-Jami' li-Ahkam al-Qur'an, XIV, hlm. 233) menegaskan bahawa Ahlu l-Bait Nabi SAW dihubungkaitkan dengan Nabi SAW di dalam salawat ke atasnya. Sementara Ibn 'Arabi di dalam Ahkam al-Qur'an ( Ahkam al-Qur'an, I, hlm. 184) mengatakan bahawa ayat al-Mawaddah diturunkan kepada Nabi SAW dan Ahlu l-Baitnya yang disucikan.
Di sini dikemukakan sebahagian daripada riwayat-riwayat para ulama Ahlu s-Sunnah yang mengatakan bahawa ayat tersebut diturunkan kepada Nabi SAW dan Ahlu l-Baitnya seperti berikut:
1. al-Bukhari dalam Sahihnya, VI, hlm. 12
2. Al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul, hlm. 271.
3. al-Baghawi dalam Ma'alim al-Tanzil, V, hlm. 225.
4. al-Hakim dalam al-Mustadrak, III, hlm. 148.
5. Fakhruddin al-Razi dalam Mafatih al-Ghaib, XV, hlm. 226.
6. al-Hafiz Abu Nu'aim al-Isfahani dalam Akhbar Isfahani, I, hlm. 31.
7. al-Hafiz Abu Bakr al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, VI, hlm. 216.
8. Ibn 'Abd al-Birr dalam Tajrid al-Tawhid, hlm. 85.
9. al-Nisaburi dalam al-Tafsir, XX, hlm. 30.
10. al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani, XXII, hlm. 22.
11. Muhibuddin al-Tabari dalam Dhakha'ir la-'Uqba, hlm. 19.
12. al-Nawawi dalam Riyadh al-Salihin, hlm. 155.
13. Ibn Kathir dalam al-Tafsir, III, hlm. 506.
14. Al-Tabari dalam al-Jami' li Ahkam al-Qur'an, XX, hlm. 27.
15. al-Khazin dalam al-Tafsir, V, hlm. 226.
16. al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur, V, hlm. 215; Bughyah al-Wu'at, hlm. 442.
17. al-Syaukani dalam Fath al-Qadir, IV, hlm. 293.
18. Abu Bakr al-Hadhrami dalam Rasyfah al-Sadi, hlm. 24.
19. al-Sayyid Ibrahim Naqib, dalam al-Bayan wa Ta'rif, I, hlm. 134.
20. Muhammad Idris al-Hanafi dalam al-Ta'liq al-Sahih fi Syarh al-Masabih, I, hlm. 401 & 402 telah meriwayatkan hadith ini dengan sanad yang banyak dan bermacam-macam. Semuanya meliputi salawat ke atas Nabi SAW dan Ahlu l-Baitnya

Ahlulbait Nabi

Berdasarkan hadits-hadits mutawatir yang kesahihannya diakui oleh semua Muslim, Rasulullah SAW telah mengabarkan kepada pengikut-pengikut beliau pada berbagai kesempatan bahwa beliau akan meninggalkan dua barang berharga dan bahawa jika kaum Muslim berpegang erat pada keduanya, mereka tidak akan tersesat setelah beliau tiada. Kedua barang berharga tersebut adalah Kitabullah dan Ahlulbait Nabi as.
Diriwayatkan dalam Shahih Muslim, dan juga dalam sumber-sumber lainnya, bahwa sepulang dari Haji Wada, Rasulullah SAW berdiri di samping sebuah telaga yang dikenal sebagai Khum (Ghadir Khum) yang terletak antara Mekkah dan Madinah. Kemudian beliau memuji Allah dan berzikir kepadaNya, dan lalu bersabda,
"Wahai manusia, camlah! Rasanya sudah dekat waktunya aku hendak dipanggil (oleh Allah SWT), dan aku akan memenuhi Panggilan itu. Camlah! Aku meninggalkan bagi kalian dua barang berharga. Yang pertama adalah Kitabullah, yang didalamnya Terdapat cahaya dan petunjuk. Yang lainnya adalah Ahlulbaitku. Aku ingatkan kalian, atas nama Allah, tentang Ahlulbaitku! Aku ingatkan kalian, atas nama Allah, tentang Ahlulbaitku! Aku ingatkan kalian, atas nama Allah, tentang Ahlulbaitku (tiga Kali)! 1
Meskipun ada fakta bahwa penyusun Shahih Muslim dan ahli-ahli hadis lain telah mencatat hadis di atas dalam kitab-kitab shahih mereka, sayang bahwa majoriti Muslim tidak menyedari keberadaan Ahlulbait tersebut, bahkan ada yang menolaknya sama sekali. Kontra argumen mereka adalah sebuah hadis yang lebih mereka kenali yang dicatat oleh Hakim dalam al-Mustadrak- nya berdasarkan riwayat Abu Hurairah yang menyatakan bahwa Rasulullah berkata, "Aku tinggalkan di antara kalian dua barang yang jika kalian mengikutinya, kalian tidak akan tersesat setelahku; Kitabullah dan Sunnahku!"
Tiada keraguan bahwa semua Muslim dituntut untuk mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW. Namun, pertanyanya adalah Sunnah mana yang asli dan Sunnah mana yang dibuat-buat belakangan, dan Sunnah palsu mana yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Menjejaki sumber-sumber laporan Abu Hurairah yang menyatakan hadis versi `Quran dan Sunnah', kami menemukan bahwa hadis itu tidak dicatat dalam enam koleksi hadis sahih (Shihah as-Sittah). Tidak hanya itu, bahkan Bukhari, Nasa'i, Dzahabi dan masih banyak yang lainnya, menyatakan bahwa hadis ini lemah kerana sanatnya lemah. Meski dicatat bahwa meskipun kitab milik Hakim adalah sebuah koleksi hadis yang penting, tetapi kitab ini dipandang rendah dibandingkan dengan enam koleksi utama hadis-hadis. Sementara itu, Shahih Muslim (yang menyebutkan `Quran dan Ahlulbait') menepati urutan kedua dalam enam koleksi hadis tersebut.
Tirmidzi melaporkan bahwa versi `Quran dan Ahlulbait' terujuk pada lebih dari 30 sahabat. Ibnu Hajar Haitsami telah melaporkan bahwa dia mengetahui bahwa lebih dari 20 sahabat juga mempersaksikannya.
Sementara versi `Quran dan Sunnah' hanya dilaporkan oleh Hakim melalui hanya satu sumber. Jadi, mesti disimpulkan bahwa versi `Quran dan Ahlulbait' adalah jauh lebih bisa dipegang. Lebih-lebih, Hakim sendiri juga menyebut versi `Quran dan Ahlulbait' dalam kitabnya (al-Mustadrak) melalui beberapa rantai otoritas (isnad), dan menegaskan bahwa versi `Quran dan Ahlulbait' adalah hadis yang sahih sesuai berdasarkan kriteria yang digunakan oleh Bukhari dan Muslim, hanya saja Bukhari tidak meriwayatkannya.
Lebih jauh kata `Sunnah' sendiri tidak memberikan landasan pengetahuan. Semua Muslim, tanpa memandang kepercayaan mereka, mengklaim bahwa mereka mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW. Perbedaan di antara kaum Muslim muncul dari perbedaan jalur periwayatan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. Sedangkan hadis-hadis tersebut bertindak sebagai penjelas atas makna-makna Quran, yang keasliannya disepakati oleh semua Muslim. Maka, perbedaan jalur periwayatan hadis yang ada pada gilirannya mengantarkan pada perbedaan interpretasi atas Quran dan Sunnah Nabi – telah menciptakan berbagai versi Sunnah. Semua Muslim, jadinya terpecah ke dalam berbagai mazhab, golongan, dan sempalan, yang diyakini berjumlah sampai 73 golongan. Semuanya mengikuti Sunnah versi mereka sendiri yang mereka klaim sebagai Sunnah yang benar. Kalau demikian, kelompok mana yang mengikuti Sunnah Nabi? Golongan manakah dari 73 golongan yang cemerlang, dan akan tetap bertahan? Selain hadis yang disebut dalam Shahih Muslim di atas, hadis sahih berikut ini memberikan satu-satunya jawaban detail terhadap pertanyaan-pertanya an tersebut. Rasulullah SAW telah bersabda:
"Aku tinggalkan di antara kalian dua `perlambang' yang berat dan berharga, yang jika kalian berpegang erat pada keduanya kalian tidak akan tersesat setelahku. Mereka adalah Kitabullah dan keturunanku, Ahlulbait-ku. Yang Pemurah telah mengabariku bahwa keduanya tidak akan berpisah satu sama lain hingga mereka, datang menjumpaiku di telaga (surga)" 2
Tentu saja, setiap Muslim harus mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW. Akan tetapi, hadis yang telah disebut di atas memberikan bukti bahwa setiap apa yang disebut sebagai Sunnah, yang bertentangan dengan Ahlulbait, adalah bukan Sunnah yang asli melainkan Sunnah yang diadakan belakangan oleh beberapa individu yang menyokong para tiran. Ahlulbait Nabi, yakni orang-orang yang tumbuh dalam keluarga Nabi, adalah orang yang lebih mengetahui tentang Sunnah Nabi dan pernik-perniknya dibandingkan dengan orang-orang selain mereka, sebagaimana dikatakan oleh pepatah: "Orang Mekkah lebih mengetahui gang-gang mereka daripada siapapun selain mereka"
Secara argumentatif, bila kita menerima kesahihan kedua versi hadis tersebut (Quran-Ahlulbait dan Quran-Sunnah) , maka seseorang mesti tunduk kepada interpretasi bahwa kata `Sunnah-ku' yang diberikan oleh Hakim berarti Sunnah yang diturunkan melalui Ahlulbait dan bukan dari sumber selain mereka, sebagaimana yang tampak dari versi Ahlulbait yang diberikan oleh Hakim sendiri dalam al-Mustadrak- nya dan oleh Muslim dalam Shahih-nya. Kini, marilah melihat hadis yang berikut ini:
Ummu Salamah meriwayatkan bahwa Rasulullah telah bersabda, `Ali bersama Quran, dan Quran bersama Ali. Mereka tidak akan berpisah satu sama lain hingga kembali kepadaku kelak di telaga (di surga)' 3
Hadis di atas memberikan bukti bahwa Ali bin Abi Thalib dan Quran adalah tidak terpisahkan. Jika kita menerima keotentikan versi `Quran dan Sunnah', maka orang dapat menyimpulkan bahwa yang membawa Sunnah Nabi adalah Imam Ali, sebab dialah orang yang diletakkan berdampingan dengan Quran.
Menarik untuk melihat bahwa Hakim sendiri memiliki banyak hadis tentang keharusan mengikuti Ahlulbait, dan salah satunya adalah hadis berikut ini. Hadis ini juga diriwayatkan oleh banyak ulama lainnya, dan dikenal sebagai `Hadis Bahtera', yang dalamnya Nabi Muhammad SAW menyatakan, "Camkanlah! Ahlulbait-ku adalah seperti Bahtera Nuh. Barang siapa naik ke dalamnya selamat, dan barangsiapa berpaling darinya binasa".4
Hadis di atas memberikan bukti fakta bahwa orang-orang yang mengambil Ahlulbait dan mengikut mereka, akan diselamatkan dari hukuman neraka, sementara orang-orang yang berpaling dari mereka akan bernasib seperti orang yang mencoba menyelamatkan diri dengan memanjat gunung (tebing), dengan satu-satunya perbedaan adalah bahwa dia (anaknya Nuh memanjat tebing tersebut) tenggelam dalam air, sedangkan orang-orang ini tenggelam dalam api neraka. Hadis yang berikut ini juga menegaskan hal tersebut bahwa Nabi Muhammad SAW telah berkata tentang Ahlulbait; "Jangan mendahului mereka, kalian bisa binasa! Jangan berpaling dari mereka, kalian bisa binasa, dan jangan mencoba mengajari mereka, sebab mereka lebih tahu dari kalian!" 5
Dalam salah satu hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Ahlulbaitku adalah seperti Gerbang Pengampunan bagi Bani Israil. Siapa saja yang memasukinya akan terampuni". 6
Hadis di atas berhubung dengan Surah al-Baqarah ayat 58 dan Surah al-A'raf ayat 161, yang menjelaskan Gerbang Pengampunan bagi Bani Israil, sahabat-sahabat Musa yang tidak memasuki Gerbang Pengampunan dalam ayat tersebut, tersesat di padang pasir selama empat puluh tahun. Sedangkan orang-orang yang tidak memasuki Bahtera Nuh, tenggelam. Ibnu Hajar menyimpulkan bahwa:
Analogi `Bahtera Nuh' mengisyaratkan bahwa barang siapa yang mencintai dan memuliakan Ahlulbait, dan mengambil petunjuk dari mereka akan selamat dari gelapnya kekafiran, dan barang siapa yang menentang mereka akan tenggelam di samudra keingkaran, dan akan binasa dalam `sahara' kedurhakaan dan pemberontakan. 7

Sudahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri, mengapa Nabi Muhammad SAW begitu menekankan Ahlulbait? Apakah hanya disebabkan karena mereka adalah keluarga beliau, atau karena mereka membawa ajaran-ajaran (Sunnah) beliau yang benar dan mereka adalah individu-individu yang paling berpengetahuan di antara masyarakat setelah beliau tiada?
Berbagai versi dari `Hadis Dua Barang Berat (ats-Tsaqalain) ; yang membuktikan secara konklusif tentang perintah untuk mengikuti Quran dan Ahlulbait,. adalah hadis-hadis yang tidak biasa. Hadis-hadis ini sering diulang-ulang dan dihubungkan dengan otoritas lebih dari 30 sahabat Nabi Suci melalui berbagai sumber. Nabi Suci sentiasa mengulang dan mengulang kata-kata ini (dan tidak hanya dalam satu keadaan, tetapi bahkan pada berbagai kesempatan) di depan publik, untuk menunjukkan kewajiban mengikui dan menaati Ahlulbait. Beliau mengatakannya kepada khalayak pada saat Haji Perpisahan, pada hari Arafah, pada hari Ghadir Khum, pada saat kembali dari Tha'if, juga di Madinah di atas mimbar, dan di atas peraduan beliau saat kamar beliau penuh sesak oleh sahabat-sahabat beliau, beliau bersabda,
Wahai saudara-saudara! Sebentar lagi aku akan berangkat dari sini dan meskipun aku telah memberitahu kalian. Aku ulangi sekali lagi bahwa aku meninggalkan di antara kalian dua barang, yaitu Kitabullah dan keturunanku, yakni Ahlulbait-ku. (Kemudian beliau mengangkat tangan Ali dan berkata) Camkanlah! Ali ini adalah bersama Quran dan Quran adalah bersamanya. Keduanya tidak akan pernah berpisah satu sama lain hingga datang kepadaku di Telaga Kautsar. 8
Ibnu Hajar Haitsami menulis, "Hadis-hadis tentang berpegang teguh itu telah dicatat melalui sejumlah besar sumber dan lebih dari 20 sahabat telah dihubungkan dengannya"
Selanjutnya dia menulis,
"Disini (mungkin) muncul keraguan, dan keraguan itu adalah bahwa hadis-hadis itu telah datang melalui berbagai sumber, sebagian mengatakan bahwa kata-kata itu diucapkan pada saat Haji Wada. Yang lainnya mengatakan kata-kata itu diucapkan di Madinah ketika beliau berbaring di peraduan beliau dan kamar beliau penuh sesak dengan para sahabat beliau. Namun yang lainnya lagi mengatakan bahwa di Ghadir Khum. Atau hadis yang lain pada saat Tha'if. Tetapi tidak terdapat inkonsistensi di sini, sebab dengan memandang penting dan agungnya Quran dan Ahlulbait yang suci, dan dengan penekanan pokok masalah di depan orang-orang, Nabi Suci bisa jadi telah mengulang-ulang kata-kata ini pada semua kesempatan tersebut sehingga orang yang belum mendengar sebelumnya mendengarnya kini. 9
Menyimpulkan hadis di atas, Quran dan Ahlulbait adalah dua barang berharga yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kaum Muslim, dan Nabi menyatakan bahwa jika kaum Muslim mengikuti keduanya mereka tidak akan tersesat setelah beliau, dan mereka akan dihantar ke surga, dan bahwa siapa yang mengabaikan Ahlulbait tidak akan bertahan. Hadis di atas telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjawab `Sunnah' mana yang asli dan kelompok mana yang membawa `Sunnah' yang benar dari Nabi Muhammad SAW. Tujuannya adalah untuk tidak membiarkan kaum Muslim tersesat jalan setelah kepergian Nabi Muhammad SAW. Disamping itu, jika kita menggunakan kata `Sunnah' saja, hal itu tidak memberikan jawapan spesifik atas persoalan ini, sebeb setiap kelompok Muslim mengikuti Sunnah versi mereka sendiri maupun interpretasi mereka atas Quran dan Sunnah tersebut. Jadi, perintah Nabi ini jelas untuk mendorong kaun Muslim untuk mengikuti interpretasi Quran dan Sunnah Nabi yang diturunkan melalui saluran Ahlulbait yamng keterbebasan mereka dari dosa, kesucian mereka dan kesalehan mereka ditegaskan oleh Quran suci (kalimat terakhir dari surah ke 33, al-Ahzab ayat 33).
"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala kekotoran (rijs) dari kamu, wahai Ahlulbait dan mensucikanmu sesuci-sucinya" (al-Ahzab:33)

Catatan Kaki

1. Shahih Muslim, bab keutamaan sahabat, bagian keutamaan Ali, publikasi Arab Saudi 1980, versi Arab, jilid 4, hal. 1873, hadis ke 36, dan sumber-sumber lain, misalnya Shahih at-Turmudzi dan Musnad Ahmad.
2. Shahih at-Turmudzi, versi arab, jilid 5,hal.662-663, 328, dalaporkan lebih dari 30 sahabat,dengan berbagai rantai periwayatan (sanad); al-mustadrak oleh Hakim, dalam bab Memahami (keutamaan) Sahabat,jilid 3, hal. 109,110,148, 533. Hakim juga menyatakan bahwa hadis-hadis ini Shahih menurut kriteria dua syekh (Bukhari dan Muslim); Sunan, Darami,jilid 2,hal.432; Musnad, Ahmad bin Hanbal,jilid 3,hal.14,17, 26,59; jilid 4, hal. 366,370-372; jilid 5,hal.182,189, 350,366,419; Fadha'il `ash-Shahabah, Ahmad bin Hanbal,jilid 2,hal.585, hadis ke 990; al-khasha `ish, Nasa'i,hal. 21,30; as-Sawaiq al-Muhriqah, Ibnu Hajar Haitsami, bab II,bagian 1, hal.230; al-Kabir,Thabari, jilid 3,hal. 62-63, 137; Kanz al-Ummal, Muttaqi Hindi, bab al-I'tisham bi Hablillah,jilid 1,hal 44; Tafsir Ibnu Katsir (versi lengkap), jilid 4,hal 113, pada komentar tentang ayat 42:23 (empat hadis); at-Tabaqat al-Kubra, Ibnu Sa'd,jilid 2,hal. 194,publikasi Dar Isadder, Libanon; al-Jami' ash-Shaghir, Suyuthi, jilid 1,hal.194, juga pada jilid 2; Majma' az-Zawa'id, Haitsami,jilid 9,hal.163; al-Fatih al-Kabir, Binhani, jilid 1,hal.451; Ushul Ghabah fi Ma'rifat ash-Shahabat, Ibnu Atsir,jilid 2,hal.12; Jami' al-Ushul, Ibnu Atsir,jilid 1, hal.187; History of Ibn Asakir,jilid 5, halaman 436; at-Tajul Jami' Lil Ushul, jilid 3,hal.308; al-Durr al-Mantsur, Hafizh Suyuthi, jilid 2,hal.60; Yanabi al-Mawaddah, Qunduzi Hanafi, hal.38, 183; Abaqat al-Anwar, jilid 1,hal.16; dan masih banyak yang lain.
3. al-Mustadrak, Hakim,jilid 3,hal.124 berdasarkan otoritas Ummu Salamah; ash-Shawa'iq al-Muhriqah, Ibnu Hajar, bab 9, bagian ke 2,hal.191, 194; al-Awsath, Tabarani; juga dalam as-Saghir; Tarikh al-Khulafaa, Jalalludin Suyuthi,hal. 173.
4. al-Mustadrak, Hakim, jilid 2, hal.342, jilid 3, hal.150-151 dari otoritas Abu Dzar. Hakim mengatakan bahwa hadis shahih; Fadha `il ash-Shahabah, Ahmad bin Hanbal, jilid 2, hal.786; Tafsir, Kabir, Fakhrurrazi pada komentar atas ayat 42:23, bagian ke 27,hal.167; Bazzar, dari otoritas Ibnu Abbas dan Ibnu Zubair dengan kata-kata `tenggelam' bukan `binasa'; ash-Shawa'iq al-Muhriqah, Ibnu Hajar Haitsami, bab 11, bagian 1, hal. 234 pada komentar atas ayat 8:33. Juga pada bagian ke 2, hal.282. Dia mengatakan bahwa hadis ini diriwayatkan dari banyak otoritas; Tarikh al-Khulafa dan Jami' us Saghir, Suyuthi; al-Kabir, Tabarani, jilid 3, hal. 37, 38; as-Saghir, Tabarani, jilid 2, hal.22; Hilyat al-Awliya, Abu Nu'aim, jilid 4,hal.306; al-Kuna wal Asma, Dulabi, jilid 1,hal.76; Yanabi al-Mawaddah, Qunduzi Hanafi, hal.30,370; Is'af ar-Raghibin, Saban.
5. al-Durr al-Mantsur, Suyuti, jilid 2, hal.60; ash-Shawa'iq al-Muhriqah, Ibnu Hajar Haitsami, bab 11, bagian 1,hal.230, dikutip dari Tabarani, juga di bagian 2, hal.342; Ushul Ghabah, Ibnu Atsir, jilid 3,hal.137; Yanabi al-Mawaddah, Qunduzi Hanafi, hal.41, 335; Kanz al-Ummal, Muttaqi Hindi, jilid 1, hal.168; Majma' az-Zawa'id, Haitsami, jilid 9,hal.163; Aqabat al-Anwar, jilid 1,hal.184; A'alam al-Wara, hal. 132-133; Tazhkirat al-Khawas al-Ummah, Sibt bin Jauzi Hanafi, hal. 28-33; as-Sirah al-Halabiyyah, Nuruddin Halabi, jilid 3, hal. 273.
6. Majma' az-Zawa'id, Haitsami, jilid 9, hal.168; al-Awsat, Tabarani, hadis ke 18; Arba'in, abhani, hal.216; ash-Shawa'iq al-Muhriqah, Ibnu Hajar Haitsami, bab 11, hal.230, 234; Hadis yang mirip dicatat oleh Daruquthni maupun Ibnu Hajar dalam kitabnya ash-Shawa'iq al-Muhriqah, bab 9, bagian 2, hal.193 dimana Nabi Muhammad saw mengatakan, "Ali adalah Gerbang Pengampunan, siapa saja yang memasukinya adalah seorang yang beriman dan siapa saja yang keluar darinya adalah orang yang tidak beriman."
7. ash-Shawa'iq al-Muhriqah, Ibnu Hajar, hal. 91.
8. ash-Shawa'iq al-Muhriqah, Ibnu Hajar, bab 9, bagian 2.
9. ash-Shawa'iq al-Muhriqah, Ibnu Hajar Haitsami, bab 11, bagian 1, hal. 230.

Ayat al-Mawaddah

Iaitu firmanNya dalam (Surah al-Syuura (42): 23) : "Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan (al-qurba). Dan siapa yang mengerjakan kebaikan (al-Hasanah) akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."
Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan di dalam Manaqib, al-Tabrani, al-Hakim dan Ibn Abi Hatim daripada 'Abbas sebagaimana telah diriwayatkan oleh Ibn Hajr di dalam pentafsiran ayat 14 daripada ayat-ayat yang telah dinyatakan di dalam fasal pertama daripada bab sebelas daripada al-Sawa'iqnya dia berkata: Manakala turunnya ayat ini mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah kerabat anda yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau SAW menjawab: 'Ali, Fatimah dan dua anak lelaki mereka berdua.
Hadith ini juga telah dicatatkan oleh Ibn Mardawaih,1 diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas oleh Ibn Mundhir, al-Muqrizi, al-Baghawi, al-Tha'labi di dalam tafsir-tafsir mereka. Al-Suyuti di dalam Durr al-Manthur, Abu Nu'aim di dalam Hilyahnya, al-Hamawaini di dalam al-Fara'id, al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul dan Ibn Maghazili di dalam al-Manaqib, al-Zamakhsyari di dalam al-Kasysyaf, 2 Muhibbuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,3 Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib Su'ul,4 Abu Sa'id di dalam Tafsirnya,5 al-Nasafi di dalam Tafsirnya,6 Abu Hayyan di dalam Tafsirnya,7 Ibn Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah, 8 al-Hafiz al-Haithami di dalam al-Majma',9 al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib.10
Al-Bukhari di dalam Sahihnya,11 daripada Ibn Abbas RD bahawa dia ditanya mengenai firmanNya: "kecuali kasih sayang kepada kekeluargaan. " Dia menjawab: Ianya adalah kerabat Rasulullah SAW. Al-Tabari di dalam Tafsirnya,12 daripada Sa'id bin Jubair tentang firmanNya, Surah al-Syura'(42) :23)"Katakanlah: Aku tidak meminta upahmu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang kepada kekeluargaan. " Dia menjawab: Ianya adalah kerabat Rasulullah SAW.
Ibn Hajr al-'Asqalani di dalam al-Kafi al-Syafi fi Takhrij Ahadith al-Kasysyaf, 13 berkata: al-Tabrani, Ibn Abi Hatim dan al-Hakim telah meriwayatkannya di dalam Manaqib al-Syafi'i daripada Husayn Asyqar daripada Qais bin al-Rabi' daripada A'masy daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn 'Abbas ditanya: Wahai Rasulullah! Siapakah kerabat anda yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau menjawab:'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.
Al-Tabrani di dalam al-Ausat dan al-Kabir telah meriwayatkan daripada Abu Tufail sebuah khutbah Hasan AS:Kami daripada Ahlu l-Bait yang telah difardhukan Allah untuk mengasihi mereka dan menjadikan mereka pemimpin. Maka beliau berkata:Di antara apa yang telah diturunkan ke atas Muhammad SAW ialah:Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan. " Di dalam riwayat yang lain:Kami adalah daripada Ahlu l-Bait yang telah fardhukan Allah ke atas setiap Muslim mengasihi mereka. Maka turunlah ayat (Surah al-Syu'ara(24) :23):"Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan. " Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak14 dengan membuang sanad-sanadnya daripada 'Umar bin 'Ali daripada bapanya daripada 'Ali bin Husain dia berkata:Hasan bin Ali berpidato ketika pembunuhan 'Ali AS. Beliau memuji Tuhan hingga akhirnya beliau berkata:"Kami adalah daripada Ahlu l-Bait yang dihilangkan kekotoran mereka oleh Allah dan membersihkan mereka dengan sebersih-bersihnya. Dan kamilah Ahlu l-Bait yang difardhukan Allah ke atas setiap Muslim supaya mengasihi mereka. Maka beliau berkata: Allah berfirman kepada NabiNya: Katakanlah 'Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun..... "
Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib15 dengan membuang beberapa sanad daripada Jabir bin 'Abdullah, berkata: Seorang badwi datang kepada Nabi SAWAW dengan berkata: Wahai Muhammad bentangkan ke atasku Islam. Maka dia berkata: Kami naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Dia yang Tunggal tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya. Dia bertanya: Adakah anda meminta upah dariku ke atasnya? Beliau menjawab: Tidak! Melainkan mengasihi kerabatku. Dia bertanya: Kerabatku atau kerabat anda? Beliau menjawab: Kerabatku. Dia menjawab: Sekarang aku membai'ah anda, dan bagi orang yang tidak mencintai anda dan mencintai kerabat anda, maka laknat Allah ke atas mereka. Maka Nabi SAW bersabda: Amin.....

Nota Kaki

1. al-Nabhan al-Arba'in, hlm 90
2. al-Kasysyaf, II, hlm 339
3. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm 25
4. Matalib Su'ul, hlm 8
5. Hamisyh Mafatih al-Ghaib, VI, hlm 665
6. Tafsir al-Nasafi, hlm 99
7. Tafsir Abu Hayyan, VII, hlm 156
8. Fusul al-Muhimmah, hlm 12
9. Majma' al-Zaua'id, IX, hlm 168
10. Kifayah al-Talib, hlm 31
11. Sahih, VI, hlm 129
12. Jami' al-Bayan, XXV, hlm 14 – 15
13. al-Kafi al-Syafi, hlm 145
14. al-Mustadrak, III, hlm 172
15. Kifayah al-Talib, hlm 31

Mengapa Memilih Ahlul - Bait Dan Hadith-hadith yang menghadkan pengganti Nabi SAW kepada dua belas orang.

Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, `Barangsiapa yang meninggal tanpa mengenali imam zamannya, matinya ia seperti orang yang mati selama masa jahiliah (zaman sebelum Islam).'
Hadith-hadith yang menghadkan pengganti-pengganti Nabi SAW kepada dua belas orang, telah diriwayatkan oleh jumhur ulama Muslimin di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka.
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad1nya meriwayatkan hadith ini daripada Sya'bi daripada Masruq berkata:"Kami berada di sisi 'Abdullah bin Mas'ud yang sedang memperdengarkan bacaan al-Qur'an kepada kami. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepadanya: Wahai Abu 'Abdu r-Rahman! Adakah anda telah bertanya Rasulullah SAW berapakah ummat ini memiliki khalifah?" Abdullah bin Mas'ud menjawab:"Tiada seorangpun bertanya kepadaku mengenainya semenjak aku datang ke Iraq sebelum anda." Kemudian dia berkata:"Ya! Sesungguhnya kami telah bertanya kepada RasulullahSAW mengenainya. Maka beliau menjawab:"Dua belas (khalifah) seperti bilangan naqib Bani Israil."
Di dalam riwayat yang lain Ahmad bin Hanbal meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah, sesungguhnya dia berkata:"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda semasa Haji Wida':"Urusan agama ini masih pada zahirnya di tangan penentangannya dan tidak akan dihancurkan oleh orang-orang yang menyalahinya sehingga berlalunya dua belas Amir, semuanya daripada Quraisy2."
Muslim di dalam Sahih3nya meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah sesungguhnya dia berkata:"Aku bersama bapaku berjumpa Nabi SAW, Maka aku mendengar Nabi SAW bersabda:"Urusan 'ini' tidak akan selesai sehingga berlaku pada mereka dua belas khalifah." Dia berkata: Kemudian beliau bercakap dengan perlahan kepadaku. Akupun bertanya bapaku apakah yang diucapkan oleh beliau? Dia menjawab:"Semuanya daripada Quraisy."
Muslim juga meriwayatkan di dalam Sahih4nya daripada Nabi SAW beliau bersabda:"Ugama sentiasa teguh sehingga hari kiamat dan dua belas khalifah memimpin mereka, semuanya daripada Quraisy. Di dalam riwayat yang lain "Urusan manusia berlalu dengan perlantikan dua belas lelaki dari Quraisy5," "Sentiasa Islam itu kuat sehingga kepada dua belas khalifah daripada Quraisy6" dan "Sentiasa ugama ini kuat dan kukuh sehingga dua belas khalifah daripada Quraisy7"
Al-Turmudzi di dalam al-Sunan8nya mencatat hadith tersebut dengan lafaz amir bukan khalifah.
Sementara al-Bukhari di dalam Sahih9nya meriwayatkannya daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi SAW bersabda:"Selepasku ialah dua belas amir." Maka beliau berucap dengan perkataan yang aku tidak mendengarnya. Bapaku memberitahuku bahawa beliau bersabda:"Semuanya daripada Quraisy."
Al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal10, meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:"Selepasku akan (diikuti) oleh dua belas khalifah."
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah11 meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi SAW bersabda:"Selepasku akan (dikuti) dua belas amir semuanya daripada Quraisy."
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah12 mencatat riwayat daripada Jabir bin Samurah sesungguhnya dia berkata:"Aku bersama bapaku di sisi Nabi SAW beliau bersabda:"Selepasku dua belas khalifah." Kemudian beliau merendahkan suaranya. Maka akupun bertanya bapaku mengenainya. Dia menjawab: Beliau bersabda:"Semuanya daripada Bani Hasyim."
Samak bin Harb juga meriwayatkannya dengan lafaz yang sama. Diriwayatkan daripada al-Sya'bi daripada Masruq daripada Ibn Mas'ud bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah menjanjikan kita bahawa selepasnya dua belas khalifah sama dengan bilangan naqib Bani Isra'il. Dan dia berkata di dalam bab yang sama bahawa Yahya bin al-Hasan telah menyebutkannya di dalam Kitab al-Umdah dengan dua puluh riwayat bahawa khalifah-khalifah selepas Nabi SAW adalah dua belas orang. Semuanya daripada Quraisy. Al-Bukhari telah menyebutkannya dengan tiga riwayat, Muslim sembilan riwayat. Abu Daud tiga riwayat, al-Turmudhi satu riwayat dan al-Humaidi tiga riwayat.
Pengkaji-pengkaji menegaskan bahawa hadith-hadith tersebut menunjukkan bahawa khalifah-khalifah selepas Nabi SAW ialah dua belas orang. Dan maksud hadith Nabi SAW ialah dua belas orang daripada Ahlu l-Baitnya. Kerana tidak mungkin dikaitkan hadith ini kepada khalifah-khalifah yang terdiri daripada bilangan mereka kurang daripada dua belas orang. Dan tidak mungkin dikaitkan dengan khalifah-khalifah Bani Umaiyyah kerana bilangan mereka melebihi dua belas orang dan kezaliman mereka yang ketara selain daripada 'Umar bin Abdu l-Aziz. Tambahan pula mereka bukan daripada Bani Hasyim. Di dalam riwayat yang lain beliau memilih Bani Hasyim di kalangan Quraisy dan memilih Ahlu l-Baitnya di kalangan Bani Hasyim13.
Di dalam riwayat 'Abdu l-Malik daripada Jabir bahawa Nabi SAW telah merendahkan suaranya ketika menyebutkan Bani Hasyim kerana 'mereka' tidak menyukai Bani Hasyim. Hadith ini juga tidak boleh dikaitkan dengan khalifah-khalifah Bani 'Abbas kerana bilangan mereka melebihi bilangan tersebut. Dan mereka tidak mengambil berat tentang firmanNya "Katakan!" Aku tidak meminta upah daripada kamu kecuali mencintai keluargaku," sebagaimana juga mereka tidak menghormati hadith al-Kisa'. Justeru itu, hadith tersebut mestilah dikaitkan dengan dua belas Ahlu l-Baitnya kerana merekalah orang yang paling alim, warak, takwa, paling tinggi keturunan dan ilmu-ilmu mereka adalah daripada datuk-datuk mereka yang berhubungkait dengan datuk mereka Rasulullah SAW dari segi warisan dan hikmah. Mereka pula dikenali oleh para ilmuan. Oleh itu apa yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah dua belas Ahlu l-Bait Rasulullah SAW14. Ianya diperkuatkan oleh hadith thaqalain, hadith al-Safinah, hadith al-Manzilah dan lain-lain.
Al-Qunduzi al-Hanafi15 juga telah meriwayatkan hadith daripada Jabir dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:"Akulah penghulu para Nabi dan 'Ali adalah penghulu para wasi. Dan sesungguhnya para wasi selepasku ialah dua belas orang, pertama 'Ali dan yang akhirnya Qaim al-Mahdi."
Hadith-hadith yang menerangkan bahawa merekalah para wasi Rasulullah SAW di dalam buku-buku Ahlu l-Sunnah adalah banyak, dan ianya melebihi had mutawatir. Umpamanya hadith daripada Salman RD berkata: Aku berjumpa Nabi SAW dan Husain berada di atas dua pahanya. Nabi SAW sedang mengucup dahinya sambil berkata:'Anda adalah Sayyid bin Sayyid dan adik Sayyid. Anda adalah imam bin imam dan adik imam. Anda adalah Hujjah bin Hujjah dan adik Hujjah dan bapa hujjah-hujjah yang sembilan. Dan yang kesembilan mereka ialah Mahdi al-Muntazar. "
Al-Hamawaini al-Syafi'i di dalam Fara'id al-Simtin16, meriwayatkan daripada 'Ibn Abbas berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Aku , Ali, Hasan, Husain dan sembilan daripada anak-anak Husain adalah disuci dan dimaksumkan. "
Ibn 'Abbas juga meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:"Wasi- wasiku, hujjah-hujjah Allah ke atas makhlukNya dua belas orang, pertamanya saudaraku dan akhirnya ialah anak lelakiku (waladi)." Lalu ditanya Rasulullah siapakah saudara anda wahai Rasulullah? Beliau menjawab:'Ali. Dan ditanya lagi siapakah anak lelaki anda? Beliau menjawab: al-Mahdi yang akan memenuhi bumi ini dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana ianya dipenuhi dengan kerosakan dan kezaliman. Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran sebagai kegembiraan dan peringatan, sekiranya dunia ini tinggal hanya satu hari lagi nescaya Allah akan memanjangkannya sehingga keluar anak lelakiku al-Mahdi. Kemudian diikuti oleh 'Isa bin Maryam. Beliau akan mengerjakan solat di belakang anak lelakiku. Dunia pada ketika itu berseri dengan cahaya Tuhannya dan pemerintahannya meliputi Timur dan Barat.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah17 bab 95 meriwayatkan bahawa Jabir bin 'Abdullah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Jabir! Sesungguhnya para wasiku dan para imam selepasku pertamanya 'Ali kemudian Hasan kemudian Husain kemudian 'Ali bin Husain kemudian Muhammad bin 'Ali al-Baqir. Anda akan menemuinya wahai Jabir sekiranya anda mendapatinya, maka sampailah salamku kepadanya. Kemudian Ja'far bin Muhammad, kemudian Musa bin Ja'far, kemudian 'Ali bin Musa, kemudian Muhammad bin 'Ali, kemudian 'Ali bin Muhammad, kemudian Hasan bin 'Ali. Kemudian al-Qa'im namanya sama dengan namaku dan kunyahnya sama dengan kunyahku, anak Hasan bin 'Ali. Dengan beliaulah Allah akan 'membuka' seluruh pelusuk bumi di Timur dan di Barat, dialah yang ghaib dari penglihatan. Tidak akan percaya kepada imamahnya melainkan orang yang telah diuji hatinya oleh Allah SWT. Jabir berkata: Wahai Rasulullah! Adakah orang ramai boleh mengambil faedah darinya ketika ghaibnya? Beliau menjawab:"Ya! Demi yang mengutuskan aku dengan kenabian sesungguhnya mereka mengambil cahaya daripada wilayahnya ketika ghaibnya, seperti orang mengambil faedah dari matahari sekalipun ianya ditutupi awan." Ini adalah di antara rahsia-rahsia ilmu Allah yang tersembunyi. Justeru itu rahsiakanlah mengenainya melain kepada orang yang ahli.
Di dalam Yanabi' al-Mawaddah18 bab 76 daripada Jabir al-Ansari berkata: Junda bin Janadah berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya kepada beliau beberapa masalah. Kemudian dia berkata: Beritahukan kepadaku wahai Rasulullah tentang wasi-wasi anda selepas anda supaya aku berpegang kepada mereka. Beliau menjawab: Wasi-wasiku dua belas orang. Lalu Jundal berkata: Begitulah kami dapati di dalam Taurat. Kemudian dia berkata: Namakan mereka kepadaku wahai Rasulullah. Maka beliau menjawab:"Pertamany a penghulu dan bapa kepada wasi-wasi adalah 'Ali. Kemudian dua anak lelakinya Hasan dan Husain. Justeru itu berpeganglah kepada mereka dan janganlah kejahilan orang-orang yang jahil itu memperdayakan anda. Kemudian 'Ali bin Husain Zaina l-Abidin Allah akan mematikan anda ('Ali bin Husain) dan menjadikan air susu sebagai bekalan terakhir di dunia ini."
Jundal berkata: Kami telah mendapatinya di dalam Taurat dan di dalam buku-buku para Nabi AS seperti Iliya, Syibra dan Syabir. Maka ini adalah nama 'Ali, Hasan dan Husain, maka imam selepasnya dipanggil Zaina l-Abidin selepasnya anak lelakinya Muhammad, dipanggil al-Baqir. Selepasnya anak lelakinya Ja'far dipanggil al-Sadiq. Selepasnya anak lelakinya Musa dipanggil al-Kazim. Selepasnya anak lelakinya 'Ali dipanggil al-Ridha. Selepasnya anak lelakinya 'Ali dipanggil al-Naqiyy al-Hadi. Selepasnya anak lelakinya Hasan dipanggil al-Askari. Selepasnya anak lelakinya Muhammad dipanggil al-Mahdi al-Qa'im dan al-Hujjah. Beliau ghaib dan akan keluar memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana ianya dipenuhi dengan kefasadan dan kezaliman. Alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang bersabar semasa ghaibnya. Dan alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang bertaqwa terhadap Hujjah mereka. Dan mereka itulah orang yang disifatkan oleh Allah di dalam firmanNya (Surah al-Baqarah(2) : 2-3"Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib." Kemudian beliau membaca (Surah al-Mai'dah(5) :56)"Sesungguhny a parti Allahlah yang pasti menang."Beliau bersabda: Mereka itu adalah daripada parti Allah (hizbullah).
Al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin19 telah meriwayatkan hadith ini dan dinukilkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah bab 76 dengan sanad daripada Ibn 'Abbas dia berkata: Seorang Yahudi bernama Na'thal datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Muhammad! Aku akan bertanya anda beberapa perkara yang tidak menyenangkan hatiku seketika. Sekiranya anda dapat memberi jawapan kepadaku nescaya aku akan memeluk Islam di tangan anda. Beliau SAW bersabda:"Tanyalah wahai Abu 'Ammarah.' Dia bertanya beberapa perkara sehingga dia berkata: Beritahukan kepadaku tentang wasi anda siapa dia? Tidak ada seorang Nabi melainkan ada baginya seorang wasi. Dan sesungguhnya Nabi kami Musa bin 'Imran telah berwasiatkan kepada Yusyu' bin Nun. Maka Nabi SAW menjawab"Sesungguhn ya wasiku ialah 'Ali bin Abi Talib, selepasnya dua anak lelakinya Hasan dan Husain kemudian diikuti oleh sembilan imam daripada keturunan Husain.' Dia berkata: Namakan mereka kepadaku. Beliau menjawab:'Apabila wafatnya Husain, maka anaknya 'Ali apabila wafatnya 'Ali, anaknya Muhammad, Dan apabila wafatnya Muhammad, anaknya Ja'far. Apabila wafatnya Ja'far anaknya Musa. Apabila wafatnya Musa, anaknya Ali. Apabila wafatnya Ali, anaknya Muhammad. Apabila wafatnya Muhammad, anaknya 'Ali. Apabila wafatnya 'Ali anaknya Hasan. Apabila wafatnya Hasan, anaknya Muhammad al-Mahdi. Mereka semua dua belas orang....."Akhirnya lelaki Yahudi tadi memeluk Islam dan menceritakan bahawa nama-nama para imam dua belas telah tertulis di dalam buku-buku para Nabi yang terdahulu, dan ia termasuk di antara apa yang telah dijanjikan oleh Musa AS.
Muwaffaq bin Ahmad al-Hanafi di dalam Manaqibnya meriwayatkan daripada Salman daripada Nabi SAW, sesungguhnya beliau bersabda kepada Husain:"Andalah imam anak lelaki seorang imam, saudara kepada imam, bapa kepada sembilan imam. Dan yang kesembilan daripada mereka ialah Qaim mereka (al-Mahdi AS).
Begitulah juga Syahabuddin al-Hindi di dalam Manaqibnya telah menerangkan sanadnya daripada Nabi SAW bahawa beliau bersabda:"Sembilan imam adalah daripada anak cucu (keturunan) Husain bin 'Ali dan yang kesembilan mereka adalah Qaim mereka (imam al-Mahdi al-Muntazar AS).

Nota Kaki

1. al-Musnad, I, hlm 398
2. al-Musnad, I, hlm 406, dan V, hlm 89
3. Sahih, II, hlm 79
4. Ibid.
5. Ibid.
6. Ibid.
7. Ibid.
8. al-sunan, II, hlm 110
9. Sahih, IV, hlm 120 (Kitab al-Ahkam)
10. Kanz al-Ummal, VI, hlm 160
11. al-Sawa'iq al-Muhriqah, bab XI
12. Yanabi' al-Mawaddah, hlm 444 (bab 7)
13. Muslim, Sahih, II, hlm 81 (Fadhl Ahlu l-Bait)
14. Yanabi' al-Mawaddah, hlm 445
15. Ibid.
16. Fara'id al-Simtin, II, hlm 26
17. Yanabi' al-Mawaddah, hlm 494
18. Yanabi' al-Mawaddah, hlm 441 - 444
19. Yanabi' al-Mawaddah, hlm 446 - 447

Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad

__._,_.___

Jumaat, 25 September 2009

Tiga Golongan Yang Tidak Ditolak Doanya

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi.
Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, "Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu
walaupun selepas beberapa ketika"

(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi. Menurut Tirmizi, bertaraf hassan.
Menurut As-Suyuthi, bertaraf hassan. Menurut Al-Albani bertaraf daif)

Tiga Perkara Kebaikan Dan Keburukan

Tiga Perkara Kebaikan Dan Keburukan
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian
dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat
ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut
hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”
Riwayat Abu Syeikh

Huraian
i) Terdapat tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu :
a) Sentiasa menjaga tingkahlaku kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Melihat
dan Mendengar apa jua yang dilakukan oleh hamba-Nya. Bahkan setiap amalan
itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan
atau ditimpa celaka dalam hidupnya.
b) Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada
diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak
yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk sahaja malah dalam
menjaga hubungan dengan Tuhan. Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih
sayang dalam masyarakat.
c) Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana ini akan menyelamatkan
seseorang itu daripada menyesal di kemudian hari.

ii) Manakala Rasulullah berpesan pula bahawa terdapat tiga perkara lain yang
akan membinasakan manusia iaitu:

a) Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa
nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.
b) Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.
c) Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadikan
seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain
menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.

iii) Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga
dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya. Oleh itu kita hendaklah
sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke-
lambah kebinasaan.


--
Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Rabu, 23 September 2009

belajar FARAID

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman

Bismillah..Ilmu yang pertama Allah Taala angkat dari dada manusia ialah ilmu harta pusaka yang dikenali sebagai Faraid. Ada orang kata susah nak faham ilmu ini. Bagi saya, tidaklah susah kalau kita faham kaedahnya dan hanya aplikasikannya kepada keluarga kita. Maksud saya ialah hanya melihatnya dengan ruang yang khusus untuk kita sahaja. Katakan kita mempunyai seorang ibu dan 3 adik beradik. Selesaikannya dengan mengandaikan salah seorang daripada keluarga kita meninggal. Contoh kalau ibu meninggal, maka yang akan mewaisi 3 beradik tadi. Kalau semua lelaki dibahagikan dengan sama rata. kalau 2 lelaki dan seorang perempuan maka nisbahnya adalah 2:2:1
saya ingin berkongsi ilmu ini kepada sesiapa yang berminat. Di sini saya lampirkan muqadimah ilmu faraid yang saya catatkan ketika berada di Mesir, Alhamdulillah.
Ilmu pusaka ialah satu ilmu yang membicarakankan bagaimana harta orang yang meninggal dunia dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut ilmu syarak.Apabila seseorang itu meninggal dunia maka menjadi kewajiban bagi mereka yang hidup untuk membahagikan harta simati mengikut hukum Faraid yang terkandung dalam Al-Quran,Hadist dan juga Ijma’ Ulama’(persepakatan mereka dalam satu-satu hukum syarak)Hak-hak yang berkait dengan harta simatiTiap-tiap harta yang ditinggalkan oleh simati samada berbentuk wang ringgit,saham, imbuhan,insuran, rumah,tanah dan sebagainya sebelum dibahagikan hendaklah dilaksanakan perkara-perkara yang berikut:
1-Pengurusan jenazah.
Segala perbelanjaan pengurusan jenazah sepeti upah mandi,kafan dan pengkebumian hendak diambil daripada harta simati melainkan kalau ada waris yang ingin mengeluarkan perbelanjaan sendiri.Perlu diingat bahawa pemberian saguhati kepada orang yang melakukan solat jenazah ataupun belanja untuk mengadakan tahlil arwah tidak boleh diambil daripada harta pusaka.
2-Menunaikan wasiat yang berupa pemberian atau agihan harta.
Sebelum dibahagikan harta pusak waris hendaklah memastikan bahawa simati tidak meninggalkan wasiat yang berbentuk pemberian atau agihan harta.sekiranya simati sebelum meninggal dunia ada meninggalkan apa-apa wasiat maka wajib ditunaikan wasiat ini sebelum dibahagikan harta pusaka dengan syarat tidak melebihi 1/3 dan bukannya wasiat ini ditujukan kepada waris yang sudah berhak mendapat harta pusaka.Contohnya, kalau sianak sudahpun berhak menerima pusaka daripada ayahnya maka dia tidak layak menerima harta wasiat lagi.Dalam satu hadist Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud “Tidak boleh wasiat kepada waris”
3-Membayar Hutang
Harta-harta yang ditinggalkan oleh simati diboleh diambil oleh mana-mana waris melainkan sesudah dijelaskan hutang simati.Sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud.”Jiwa orang beriman tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah dia menjelaskannya” .
4-Membahagikan harta pusaka kepada mereka yang berhak.
Sesudah dilaksanakan tiga perkara tersebut barulah waris-waris yang berhak boleh mengambil harta ini mengikut bahagian-bahagian yang ditentukan oleh Allah.Peringatan.Antara hutang dengan wasiat maka perlu didahulukan hutang.sekiranya harta yang ditinggalkan hanya cukup untuk penyenggaraan jenazah maka waris akan menanggung hutang tersebut.Kalau sekiranya waris tidak mampu maka menjadi tanggungjawab Kerajaan Islam bagi membayarnya samada menggunakan wang zakat atau seumpamanya.
Bahagian-bahagian pusaka dalam Al-Quran
Allah s.w.t menyebut tentang kefarduan umat Islam dalam pembahagian harta yang adil mengikut hukum syarak.Didalam surah An-Nisa’ dinyatakan secara terperinci bahagian-bahagian yang menjadi hak waris-waris tertentu. Antara pecahan-pecahan yang disebut oleh Allah ialah 1/3, 1/6, 2/3, 1/2, 1/4, 1/8 dan gandaan serta baki selepas penerimaan pecahan.Golongan-golongan yang berhakApabila seseorang itu meninggal dunia ada 3 golongan yang berhak mendapat harta pusaka samada banyak ataupun sedikit.
1-Suami atau isteri2-Ibubapa simati3-Anak lelaki atau perempuan
Golongan ini dinamakan sebagai golongan yang wajib menerima harta pusaka dan tidak ada yang dapat menghalang mereka sama sekali. Secara umumnya kita boleh menyenaraikan kesemua mereka yang berhak mendapat harta. Namun dikalangan mereka ini kadang-kadang tidak berhak disebabkan adanya waris yang lebih dekat dengan simati.

Ada 15 golongan waris yang lelaki yang berhak mewarisi

1-Ayah2-Datuk3-Anak Lelaki4-Cucu lelaki daripada anak lelaki hingga kebawah seperti cicit dll.5-Adik-beradik lelaki seibu sebapa6-Adik-beradik lelaki sebapa sahaja7-Adik-beradik lelaki seibu sahaja8-Anak saudara lelaki seibu sebapa9-Anak saudara lelaki sebapa10-Bapa saudara seibu sebapa11-Bapa saudara sebapa sahaja12-Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu)13-Anak bapa saudara sebapa (sepupu)14-Suami15-Bekas tuan yang membebaskan hambanya

Ada 10 golongan perempuan yang dianggap menjadi waris bagi simati

1-Ibu2-Isteri3-Anak perempuan 4-Cucu perempuan daripada anak lelaki hingga kebawah seperti cicit dll.5-Adik-beradik perempuan seibu sebapa6-Adik-beradik perempuan sebapa sahaja7-Adik-beradik perempuan seibu sahaja8-Nenek sebelah ibu9-Nenek sebelah bapa10-Bekas tuan yang membebaskan hambanya

Hari Pelepasan Api Neraka

"Dan pada tiap hari bulan Ramadan ALLAH memerdekakan sejuta ahli nerakayang semuanya layak disiksa dan bila pada hari atau malam Jumaat padatiap jam dimerdekakan sejuta orang dari api neraka, bila akhir hariRamadan ALLAH memerdekakan pada hari itu sebanyak orang yangdimerdekakan dari hari pertama hingga akhir Ramadan.
Dan pada malam Lailatul Qadar ALLAH menyuruh Malaikat Jibril dengan rombongan Malaikat turun ke bumi dengan membawa panji hijau yangdiletakkan di atas Ka’abah dan ia mempunyai enam ratus sayap,
diantaranya dua sayap yang tidak dihampar kecualipada malam Lailatul Qadar,
maka dihampar sehingga meliputi hujung timur hingga hujung barat.Lalu Malaikat Jibril mengutus Malaikat pergi kepada umat Muhammad s.a.w. untukmemberi salam pada tiap orang yang sedang berdiri atau duduk,sembahyang atau berzikir dan menjabat tangan mereka serta mengaminkandoa mereka sehingga terbit fajar.Apabila telah terbit fajar maka Jibril menyeru :
Hai para Malaikat segeralah kembali, kembali, lalu Malaikat bertanya :Bagaimana mengenai hajat kaum Mukminin dari umat Muhammad s.a.w.?Jawab Jibril; ALLAH melihat mereka dengan pandangan rahmat
lalu memaafkan mereka,kecuali dari empat macam :Pemabuk (peminum arak); Pendurhaka terhadap kedua ayah bundanya;Memutuskan hubungan keluarga; dan Orang yang memboikot,tidak bicara dengan saudaranya lebih dari tiga hari."
Maksud hadis riwayat Ibnu Abbas r.a. Petikan : Tanbihul Ghaffilin

Intipati ramadan

Alhamdulillah kita dah selamat menjalani ibadah puasa di sepanjang Ramadhan yang baru berlalu. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun sebaik mana pun ianya tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah. ..

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya. ." Ameen

Al-Hadith : Bersyukur Dengan Bertahajud

Daripada Aisyah r.a., katanya, "Nabi s.a.w. itu berdiri untuk bersembahyangmalam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya:"Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudahdiampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" beliaus.a.w. lalu bersabda: "Tidakkah saya ini seorang hamba yang banyak bersyukur."(Muttafaq 'alaih)

NASIHAT

Nasihat al-Qamah:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungka n (menyebutnya) ..

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.






Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."
"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA

apa itu TASAUF

Ramai yang mungkin bertanya-tanya apa itu tasauwuf. Adakah ianya satu ilmu baru dan bersifat bid'ah? Apakah sumber sebenar ilmu ini? Dalam perbicarakan topik ini, sebenarnya ada pro dan contranya. Namun bagi penulis semua ilmu yang mendatangkan kebaikan tidak wajar ditinggalkan. Apatah lagi setiap kali perkara yang kita anggap baru kita menolakkan dengan bahasa agama, iaitu bid'ah! Tanpa melihat kandungannya dan kesannya kepada kehidupan sejagat.
Sebenarnya, ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah serta mendisiplin peribadi mukmin dan membaikinya satu perkara yang perlu dipandang positif. Kedudukannya sama sepeti ilmu feqah, usul feqah, ulum tafsir, ilmu hadis (mustolah hadis), dan lain-lain lagi.

Berikut saya kemukakan definisi tasauwuf daripada pakar-pakarnya.
Ma'ruf Al-Karkhi mengatakan bahawa tasauwuf ialah pergantungan harap kepada Allah SWT dan tidak kepada makhluk.
Abu Turab Al-Nakhsyabi, sufi itu ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatupun, malah bersih daripada semua perkara.
Sahl bin Abdullah Al-Tustari berkata: "Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah SWT dan tidak dengan manusia. Oleh yang demikian, di sisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur".

Al-Jurairi menyatakan bahawa tasauwuf itu ialah perlakuan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.
Al-Kattani menegaskan bahawa: "Sesiapa yang membekalkan kamu akhlaknya yang terpuji maka dia telah menambahkan kebersihan jiwamu".
An-Nuri berkata: "Tasauwuf itu bukan tulisan atau ilmu tetapi ianya adalah akhlak. Jika tasauwuf itu tulisan, ia boleh diperolehi dengan latihan. Dan jika ilmu, ia boleh diperolehi dengan belajar. Tetapi sebenarnya maksud tasauwuf itu berakhlak dengan Allah SWT. Seseorang itu sama sekali tidak dapat berakhlak dengan akhlak ilahi hanya melalui ilmu dan tulisan".

Begitulah serba sedikit perkongsian ilmu pada detik ini. Moga jelas apa yang kabur dan terang apa yang gelap. Insya Allah saya akan bawa pandangan seorang ulama' yang agong tentang ilmu tasauwuf ini.



Hukum belajar Tasauwuf
Imam Ghazali berkata: "Hukumnya fardhu ain kerana manusia tidak sunyi daripada aib atau sakit kecuali para nabi-nabi.
Syeikh Al-Syazili berkata: "Siapa yang tidak menceburi ilmu kita ini, nescaya dia mati dalam dosa besar yang tidak disedarinya".
Syeikh Dahlan Al-Kadiri: "Mempelajarinya fardhu ain pada setiap mukallaf".
Imam Malik berkata: "Siapa yang bertasauwuf tanpa feqah, sesungguhnya dia kafir zindik. Siapa yang mempelajari feqah tanpa bertasauwuf sesungguhnya dia fasik. Dan siapa yang menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia akan selamat".
Imam As-Syafie berkata: "Jangan kamu hanya menjadi salah seorang daripada ahli feqah atau tasauwuf. Kerana orang yang hanya faqih tidak bertasauwuf keras hatinya. Manakala yang bertasauwuf tanpa feqah akan jahil dirinya, mana mungkin dia dapat membaiki dirinya"?
Demikian pandangan sebahagian ulama' tentang kepentingan dan kedudukan mulia ilmu ini. Namun demikian jangan tersilap langkah mempelajari tasauwuf bukan daripada ahlinya. Imam Junaid Al-Baghdadi berkata: "Ilmu kami ini terikat dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Sesiapa yang tidak menghafaz Al-Quran dan tidak menulis hadis maka tiada diikuti perjalannya".
Sekadar berkongsi maklumat dan kebaikan.



Membaca 1000 Ayat Di Tengah Malam

Daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya
beliau bersabda, "Sesiapa yang solat dengan membaca sepuluh ayat, maka ia tidak
akan dicatat dalam golongan orang-orang yang lalai. Dan sesiapa yang solat
dengan membaca seratus ayat, maka dia akan dicatat dalam golongan orang-orang
yang taat. Dan sesiapa yang (membaca) seribu ayat, maka dicatat dalam golongan
orang-orang mendapat satu qinthar"

(Riwayat Abu Daud, Baihaqi, Ibn Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Penjelasan "Satu qinthar" :
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Satu
Qinthar dalah 12,000 uqiyah. Tiap-tiap satu uqiyah adalah lebih baik dari segala
yang ada antara langit dan bumi."

(Riwayat Ibnu Hibban di dalam sahihnya. Menurut keterangan Maulana Muhammad
Yussof Al-Kandhalawi, isnad hadith ini hassan.)




Khamis, 17 September 2009

masej dari sahabat ku 3


RENUNG-RENUNGKAN. ....
Subject: Fw: Murtad (terbatal syahadah) dan syirik bagi kamu ... mesti baca sampai habis, jangan skip to the end.
Subject di atas ditujukan kepada sesiapa yang terlibat dengan penghantaran dan penyebaran email atau surat berantai seperti yang kamu pernah terima atau kamu pernah hantar iaitu yang jenis :
"Jangan delete email ini sebelum di hantarkan kepada 10 orang lain"
atau
"Emailkan kepada 12 orang, kamu akan dapat berita baik selepas 12 jam"
atau
"Saya telah emailkan kepada 10 orang dan sejam kemudian saya mendapat
durian runtuh" dan lain-lain lagi...

Ulasan
1. Walau apa pun isi kandungan sebelumnya, sama ada "Doa Nabi", Ayat
Alquran, Peringatan dll.... tapi jika di sertakan dengan perkara diatas... kamu sudah syirik jika kamu menyebarkan dengan yakin.

2. Walau kamu tak yakin, tetapi tetap menyebarkannya kepada orang ramai, DAN JIKA ada yang menerimanya yakin akan kata-kata tersebut...
KAMU JUGA MENDAPAT SAHAM DOSA TERSEBUT DAN SAHAM ITU BOLEH
DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI MLM ATAU SISTEM PIRAMID YANG MANA KAMU AKAN TERUS MENERUS MENDAPAT SAHAM DOSA DARIPADA DOWNLINE KAMU.

3. Baca petikan ini sampai habis

Hakikat Sebenar Surat Berantai. Sila Baca....harap menjadi panduan

Soalan 1
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita
bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan
berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan
sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai.
Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di
akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan
kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu.. Sekiranya
dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat.. Dan
apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah
hukumnya mempercayai surat ini?

Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia
diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan
yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada
rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.

Jawapan
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu.
Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa
Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan
kepadanya.. Seolah-olah Rasululllah SAW belum selesai tablighnya. Kita
ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah
s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu
ikut yang mana? Surat inikah atau alQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan
mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan
sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara
tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini
akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah.

Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur.

masej dari sahabatku2


Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur.
Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan
mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini
adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam. Mari kita kaji
pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang
menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w
dalam mimpinya.

Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala.

Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini
adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula
beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah
untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya,
Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak
jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan
keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh
sahkan hal ini.
Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah
sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati
seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan
inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga
sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan.
Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya
memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini
dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah
memasukkannya kedalam Internet.
Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat
yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila,
kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah
lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari
Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah
haram.
Wallahu'allam.
Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang
kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam
mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT
DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD. Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis
asal surat ini ialah Mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang
paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut
Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di
Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai
mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 dibawah Cardinal Agostino
Casaroli. Father de Villa me! ninggal dunia pada tahun 1980 di Texas
dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy,
penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979,
tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga
1979.
Penjaga makam di Madinah ialah:

- Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy
(1881-meninggal dunia 1932) - anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jali

mesej dari sahabat ku 1


Penjaga makam di Madinah ialah:

- Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy
(1881-meninggal dunia 1932)
- anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy
(1932-meninggal dunia 1934)
- adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara
1966) dan
- anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque
Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi
bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi
Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan
mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini
berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah
Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur
syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak
Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan
risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad
melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap
sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".

( Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I). .

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya
di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris
Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini
"termasuk dalam Menyekutukan Allah S.W.T.. dengan syirik yang amat besar
(shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A. .W. serta menyebar
dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.."

Lagipun," surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana
menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan
baginda". Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat
Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil
dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang
besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan
sesungguhnya. . Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat
Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan
khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar
syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar
si-pengirim" .
HENTIKAN MENGHANTAR EMAIL YANG BOLEH MENJADIKAN KITA SESAT TANPA KITA SEDARI.. INSAFLAH... SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA....
itu adalah contoh surat berantai dan huraian dari ustaz
dan dibawah adalah email yang anda semua sebarkan kepada kawan-kawan,
email tersebut adalah sama sahaja dikategorikan "Surat Berantai" dan
ianya membawa kepada kemusnahan kepada akidah islamiah anda semua..
Berdoa itu bagus, tapi kalau penyebaran doa itu "BOLEH" menyebabkan anda
mendapat rahmat... itu yang mengarut
anda pasti mengatakan, "SAJA SUKA-SUKA HANTAR, BUKAN PERCAYA PUN" ini ada ilmu asas masa saya belajar agama di sekolah rendah dulu
Murtad boleh berlaku dalam 3 perkara:
1. Anggota Badan (contoh, menyembah apa-apa) atau
2. Lidah (meng"iya" kan kata-kata yang dah conform sesat dan
menyesatkan) walaupun terpaksa... atau
3. Hati yang mana dalam hati ada terdetik, betul jugak atau mana tahu
dapat betul dll
Kalau kita buat salah satu daripadanya, kita sudah jatuh murtad, jadi
tiada istilah saja suka-suka sebab bila kamu buat, kamu sudah jatuh
murtad mengikut hukum feqah.
saya tak banyak ilmu sangat

Isnin, 14 September 2009

Ahad, 13 September 2009

Perang Badar Inspirasi Umat Islam Di Bulan Ramadan

Setelah penghijrahan baginda Nabi s.a.w ke Madinah, permusuhan kaum kafir Quraish terhadap umat Islam masih belum reda.

Penyiksaan dan gangguan mereka kepada kaum muslimin yang masih berada di Mekah dan tidak dapat keluar dari kota itu semakin menjadi-jadi.

Pada sudut yang lain pula harta benda yang ditinggalkan oleh mereka yang telah berhijrah ke Madinah dirampas oleh Quraish.

Hal inilah yang menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah dagang Quraish yang melintas dekat Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju Syam atau dari Syam menuju Mekah.

Tahun kedua hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar untuk menyekat kafilah Quraish yang membawa harta berlimpah hasil dari perniagaan di Syam.

Setelah mendengar berita itu, Abu Sufyan, yang memimpin kafilah ini, mengirimkan utusannya ke Mekah untuk meminta bantuan tentara Quraish dalam menghadapi ancaman ini.

Bagi Quraish, sekatan kafilahnya oleh kaum muslimin tidak bererti kerugian harta tetapi apa yang paling penting baginya ialah kehormatan suku besar di Mekah ini.

Untuk itu, Abu Jahl yang merupakan salah seorang bangsawan terkemuka Quraish bersama seribu orang lengkap dengan peralatan perang meninggalkan kota Mekah dan bergerak menuju Badr.

Sementara kafilah pimpinan Abu Sufyan dengan melintasi jalan alternatif berjaya meloloskan dari sekatan kaum muslimin.

Abu Sufyan mengirimkan utusannya untuk meminta Abu Jahl kembali ke Mekah kerana baginya dia telah berjaya melepaskan diri daripada sekatan bahaya itu.

Namun pesanan itu ditolak oleh Abu Jahl beliau segera bersiap untuk berperang bagi menghadapi pasukan Islam Madinah.

Di Badar, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w telah bersiap siaga sepenuhnya. Pasukan kecil berjumlah 313 orang dan peralatan yang ala kadarnya, siap menghadapi seribu orang di barisan Quraish yang lengkap bersenjata.

Namun keimanan yang dimiliki oleh umat Islam menjadi sandaran dan pendorong mereka untuk tegar dan siap menanti kematian di jalan Allah yang basalannya adalah syurga.

Tepat pada tarikh 17 Ramadan tahun kedua hijrah, perang di Badar berkecamuk setelah dimulai dengan konfrantasi iaitu satu lawan satu antara tiga pihak dari dua barisan perang.

Satu demi satu wakil musuh terkorban. Darah bersimbah di sana sini. Tak lama, berita tersebar bahwa Abu Jahl yang pernah disebut Rasulullah sebagai Firaun di tengah umat ini tewas di tangan pasukan muslimin.

Dengan terbunuhnya Abu Jahl dan beberapa pemuka Quraish di medan perang Badar menjadi pukulan hebat bagi pasukan Mekah yang akhirnya memilih untuk melarikan diri.

Dalam perang Badar, pasukan Quraish menderita kerugian tujuh puluh tewas dan tujuh puluh yang lain menjadi tawanan.

Sementara barang rampasan perang yang ditinggalkan bukanlah jumlah yang sedikit, dianggarkan sebanyak 150 unta, sepuluh kuda, sejumlah kulit dan kain, serta peralatan perang ditinggalkan oleh pasukan Mekah yang lari tunggang langgang menyelamatkan diri.

Suasana pada malam tercetusnya perang di Badar

Malam itu terjadi beberapa keajaiban, perasaan takut dan tertekan yang ada pada kaum Muslimin tiba-tiba hilang, pasukan Islam menikmati malam itu dengan senang dan tenang, dan akhirnya tertidur dengan puas.

Hujan pun turun, membasahi pasir padang Badar sehingga menjadi padat dan lembut apabila dipijak (pasir dalam keadaan kering, seperti pasir pantai, membuat susah berjalan). Inilah seperti yang dijanjikan Allah dalam Al Anfaal (surat kedelapan) ayat 8:

"(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan setan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu)."

Subuh hari, Abu Bakar "menganggu" ibadah Rasul karena kafir Quraish sudah semakin hampir mendekati umat Islam.

Pasukan Islam dengan segera membuat persiapan, ketika pasukan kafir Quraish sudah kelihatan jelas oleh Rasul, Rasul memanjatkan doa, "Ya Allah! Kaum kafir Quraish yang enggan untuk menyembahMu dan mendustai utusanMu sudah berada di sini. Ya Allah, kami menunggu dan megharapkan daripadaMu kemenangan yang Engkau janjikan kepadaku dan sahabat-sahabatku. Kami memohon kepadaMu, ya Allah, untuk mengalahkan mereka."

Rasulullah minta pendapat sahabat sebelum berangkat ke Badar

Sebaliknya pihak Muslimin, yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan, sudah sepakat akan bertahan terhadap musuh bila diserang.

Oleh karena itu merekapun segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih mudah lagi karena waktu itu hujan turun.

Setelah mereka sudah mendekati mata air, Rasulullah berhenti. Ada seseorang yang bernama Hubab bin Munzir bin Jamuh, orang yang paling mengetahui atau disifatkan sebagai seorang pakar tentang mengenal tempat itu, setelah melihat Nabi turun di tempat tersebut, dia bertanya: "Rasulullah, bagaimana pendapat tuan untuk berhenti di tempat ini? Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita takkan maju atau mundur setapakpun dari tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?"

"Sekadar pendapat saya dan sebagai taktik perang," jawab Rasulullah.

"Rasulullah, " katanya lagi. "Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita pindah sampai ke tempat mata air terdekat yang tahu tempat itu dengan penuh yakin, lalu telaga-telaga kering yang di belakang itu kita timbun setelah diambil airnya. Selanjutnya kita membuat kolam, kita isi sepenuhnya. Barulah kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum, mereka tidak."

Melihat saran Hubab yang begitu tepat itu, Nabi Muhammad dan rombongannya segera pula bersiap-siap dan mengikut pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada sahabat-sahabatnya bahawa dia juga manusia seperti mereka, dan bahawa sesuatu pendapat itu dapat dimusyawarahkan bersama-sama dan dia tidak akan menggunakan pendapat sendiri di luar mereka. Dia perlu sekali mendapat konsultasi yang baik dari sesama mereka sendiri.

Selesai kolam itu dibuat, Sa'd b. Mu'az memberikan usulnya: "Rasulullah, " katanya, "kami akan membuatkan sebuah dangau buat tempat Tuan tinggal, kenderaan Tuan kami sediakan. Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan memberi kemenangan kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan.

"Tetapi kalau pun sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu Tuan dapat menyusul teman-teman yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih banyak sahabat-sahabat kita yang tinggal di belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari cinta kami ini kepada tuan.

"Sekiranya mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang, nescaya mereka tidak akan berpisah dari tuan. Bagi mereka Tuhan menjaga tuan. Mereka benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan."

Nabi Muhammad s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Sa'd itu. Sebuah dangau buat Nabi lalu dibangunkan. Jadi bila nanti kemenangan bukan di tangan Muslimin, ia takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung dengan sahabat-sahabatnya di Yathrib.

Di sini orang perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat kesetiaan Muslimin yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar kepada Rasulullah, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya.

Semua mereka mengetahui, bahawa kekuatan Quraish jauh lebih besar dari kekuatan mereka, jumlahnya tiga lipat ganda banyaknya. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan.

Dan mereka inilah yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan. Tetapi sungguhpun begitu karena bukan pengaruh kebendaan itu yang mendorong mereka bertempur, mereka selalu siap disamping Nabi, memberikan dukungan, memberikan kekuatan.

Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Nabi, hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan baginya untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Medinah.

Suasana yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?

Menentukan nasib 70 orang tawanan

Baginda Rasulullah s.a.w mencari kesempatan dan ruang ada untuk bertemu dua sahabat terdekatnya bagi meminta pandangan mereka berdua berhubung isu tawanan.

Abu Bakar menyatakan bahawa setiap seorang daripada mereka mengajar sepuluh anak orang Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, agar kesemua mereka hingga berjumlah 700 anak orang-orang Islam menjadi pandai dan celik ilmu, inilah juga pandangan peribadi Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimanapun, Omar tidak bersetuju dengan pandangan itu, beliau mencadangkan agar setiap mereka itu dibunuh sahaja, kerana merekalah penyebab kepada masalah syirik dan penentangan terhadap ajaran-ajaran baginda Rasulullah kalau masih mahu mereka terus hidup.

Rasulullah tidak dapat berkata apa-apa terhadap dua pandangan yang sama sekali bercanggah antara satu sama lain, namun pada malam itu baginda menerima turunnya wahyu Ilahi agar kesemua tawanan itu dihapuskan dari muka bumi ini, kisah itu dirakan menerusi ayat 67 surah al-Anfal : "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai (menyimpan) tawanan sebelim ia dapat melumpuhkan musushnya di muka bumi. Kamu mengharapkan harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat untukmu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Keesokan harinya, baginda bertemu semula dengan dua orang sahabat karibnya bagi menyatakan ketegasan Allah mengenai masalah tawanan, sambil baginda menyifatkan sikap Abu Bakr seperti Nabi Nuh dan Isa dan menyifatkan sikap Omar seperti Nabi Ibrahim dan Musa yang sentiasa tegas dalam segenap tandak-tanduknya.

Akhirnya baginda Rasulullah s.a.w menyatakan arahan Allah supaya kesemua tawanan itu perlu dihapuskan daripada muaka bumi ini dengan segera sebelum berbagai-bagai tindakan lain muncul bagi melemahkan Islam dan umatnya.

Mengapa perang ini begitu istimewa?

Pertama, karena Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.

Kedua, baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Omar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ketiga, peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah.

Keempat, walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak mengalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.

Kelima, jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.

Keenam, kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.

Ketujuh, mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraish boleh membantu melancarkan strategi peperangan..

Kelapan, menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.

Kesembilan, menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.

Kesepuluh, cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang. Kesebelas, sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan dari sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Keduabelas, sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka.