Ahad, 27 September 2009

Mulut Disumbat, Tangan Diikat, Lalu Dibawa Ke Satu Tempat

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila janazah itu telah diletakkan (dalam usungan) dan orang-orang lelaki
membawanya di atas bahu-bahunya (diangkat ke kubur), maka jikalau janazah itu
soleh, ia berkata:
Dahulukanlah aku, dahulukanlah aku,"(yakni segerakan ditanam kerana sudah amat
rindu pada kerahmatan serta kenikmatan dalam kubur).

Tetapi jikalau janazah itu bukan shalih, maka ia pun berkata: Aduhai celakanya
tubuhku, ke mana engkau semua membawa tubuhku ini. Suara janazah itu dapat
didengar oleh segala benda, melainkan manusia, sebab andaikata ia mendengarnya,
tentulah ia akan mati sekali."

(Riwayat Bukhari)

Tiada ulasan: