Rabu, 23 September 2009

belajar FARAID

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman

Bismillah..Ilmu yang pertama Allah Taala angkat dari dada manusia ialah ilmu harta pusaka yang dikenali sebagai Faraid. Ada orang kata susah nak faham ilmu ini. Bagi saya, tidaklah susah kalau kita faham kaedahnya dan hanya aplikasikannya kepada keluarga kita. Maksud saya ialah hanya melihatnya dengan ruang yang khusus untuk kita sahaja. Katakan kita mempunyai seorang ibu dan 3 adik beradik. Selesaikannya dengan mengandaikan salah seorang daripada keluarga kita meninggal. Contoh kalau ibu meninggal, maka yang akan mewaisi 3 beradik tadi. Kalau semua lelaki dibahagikan dengan sama rata. kalau 2 lelaki dan seorang perempuan maka nisbahnya adalah 2:2:1
saya ingin berkongsi ilmu ini kepada sesiapa yang berminat. Di sini saya lampirkan muqadimah ilmu faraid yang saya catatkan ketika berada di Mesir, Alhamdulillah.
Ilmu pusaka ialah satu ilmu yang membicarakankan bagaimana harta orang yang meninggal dunia dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut ilmu syarak.Apabila seseorang itu meninggal dunia maka menjadi kewajiban bagi mereka yang hidup untuk membahagikan harta simati mengikut hukum Faraid yang terkandung dalam Al-Quran,Hadist dan juga Ijma’ Ulama’(persepakatan mereka dalam satu-satu hukum syarak)Hak-hak yang berkait dengan harta simatiTiap-tiap harta yang ditinggalkan oleh simati samada berbentuk wang ringgit,saham, imbuhan,insuran, rumah,tanah dan sebagainya sebelum dibahagikan hendaklah dilaksanakan perkara-perkara yang berikut:
1-Pengurusan jenazah.
Segala perbelanjaan pengurusan jenazah sepeti upah mandi,kafan dan pengkebumian hendak diambil daripada harta simati melainkan kalau ada waris yang ingin mengeluarkan perbelanjaan sendiri.Perlu diingat bahawa pemberian saguhati kepada orang yang melakukan solat jenazah ataupun belanja untuk mengadakan tahlil arwah tidak boleh diambil daripada harta pusaka.
2-Menunaikan wasiat yang berupa pemberian atau agihan harta.
Sebelum dibahagikan harta pusak waris hendaklah memastikan bahawa simati tidak meninggalkan wasiat yang berbentuk pemberian atau agihan harta.sekiranya simati sebelum meninggal dunia ada meninggalkan apa-apa wasiat maka wajib ditunaikan wasiat ini sebelum dibahagikan harta pusaka dengan syarat tidak melebihi 1/3 dan bukannya wasiat ini ditujukan kepada waris yang sudah berhak mendapat harta pusaka.Contohnya, kalau sianak sudahpun berhak menerima pusaka daripada ayahnya maka dia tidak layak menerima harta wasiat lagi.Dalam satu hadist Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud “Tidak boleh wasiat kepada waris”
3-Membayar Hutang
Harta-harta yang ditinggalkan oleh simati diboleh diambil oleh mana-mana waris melainkan sesudah dijelaskan hutang simati.Sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud.”Jiwa orang beriman tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah dia menjelaskannya” .
4-Membahagikan harta pusaka kepada mereka yang berhak.
Sesudah dilaksanakan tiga perkara tersebut barulah waris-waris yang berhak boleh mengambil harta ini mengikut bahagian-bahagian yang ditentukan oleh Allah.Peringatan.Antara hutang dengan wasiat maka perlu didahulukan hutang.sekiranya harta yang ditinggalkan hanya cukup untuk penyenggaraan jenazah maka waris akan menanggung hutang tersebut.Kalau sekiranya waris tidak mampu maka menjadi tanggungjawab Kerajaan Islam bagi membayarnya samada menggunakan wang zakat atau seumpamanya.
Bahagian-bahagian pusaka dalam Al-Quran
Allah s.w.t menyebut tentang kefarduan umat Islam dalam pembahagian harta yang adil mengikut hukum syarak.Didalam surah An-Nisa’ dinyatakan secara terperinci bahagian-bahagian yang menjadi hak waris-waris tertentu. Antara pecahan-pecahan yang disebut oleh Allah ialah 1/3, 1/6, 2/3, 1/2, 1/4, 1/8 dan gandaan serta baki selepas penerimaan pecahan.Golongan-golongan yang berhakApabila seseorang itu meninggal dunia ada 3 golongan yang berhak mendapat harta pusaka samada banyak ataupun sedikit.
1-Suami atau isteri2-Ibubapa simati3-Anak lelaki atau perempuan
Golongan ini dinamakan sebagai golongan yang wajib menerima harta pusaka dan tidak ada yang dapat menghalang mereka sama sekali. Secara umumnya kita boleh menyenaraikan kesemua mereka yang berhak mendapat harta. Namun dikalangan mereka ini kadang-kadang tidak berhak disebabkan adanya waris yang lebih dekat dengan simati.

Ada 15 golongan waris yang lelaki yang berhak mewarisi

1-Ayah2-Datuk3-Anak Lelaki4-Cucu lelaki daripada anak lelaki hingga kebawah seperti cicit dll.5-Adik-beradik lelaki seibu sebapa6-Adik-beradik lelaki sebapa sahaja7-Adik-beradik lelaki seibu sahaja8-Anak saudara lelaki seibu sebapa9-Anak saudara lelaki sebapa10-Bapa saudara seibu sebapa11-Bapa saudara sebapa sahaja12-Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu)13-Anak bapa saudara sebapa (sepupu)14-Suami15-Bekas tuan yang membebaskan hambanya

Ada 10 golongan perempuan yang dianggap menjadi waris bagi simati

1-Ibu2-Isteri3-Anak perempuan 4-Cucu perempuan daripada anak lelaki hingga kebawah seperti cicit dll.5-Adik-beradik perempuan seibu sebapa6-Adik-beradik perempuan sebapa sahaja7-Adik-beradik perempuan seibu sahaja8-Nenek sebelah ibu9-Nenek sebelah bapa10-Bekas tuan yang membebaskan hambanya

Tiada ulasan: