Isnin, 31 Ogos 2009

ISLAM ITU TEGAS BUKAN KERAS

Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas mengeluarkan hukum.Tegas menyampaikannya atau memperkatakan dan gigih memperjuangkannya dimana saja dan di dalam keadaan apa sekali pun.Islam adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi disuruh tegas.
Kebanyakkan umat Islam terutama orang politik, para pejuang dan pendakwah pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya, sama saja dengan orang lain.Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan hukum hukumnya.Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk diri sendiri longgar dan cuai.
Di dalam menyampaikan Islam dia mengata, mengumpat dan menuduh kepada golongan golongan yang tertentu,Ada kalanya hingga sampai maki hamun, mengutuk dan menempelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya cuai, akhlaknya rosak, maruahnya tidak di jaga,Mereka menyangka cara itu dikatakan tegas.
Sebenarnya sikap mereka bukan tegas tapi keras.Tegas ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam.Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri.Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta Keluarga.Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum hakam.Begitulah orang yang tegas dengan prinsip.
Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras memperkatakan dan memperjuangkannya, maka orang ramai jadi benci dengan Islam.Lebih lebih lagi orang kafir, mereka takut dengan Islam.Melihat peribadi para pejuang dan para da’i serta Keluarga mereka, Islam itu tidak ada didalam diri mereka.Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran.Keindahan Islam tidak dapat dilihat kerana bersikap keras bukan tegas.
"Kalau kita hendak menasihati orang.Tanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.
Salaam & Regards

HALAL PENENTU SEMPURNA IBADAT

MEGA: Makanan halal adalah salah satu aspek kesempurnaan ilmu. Apa kesan bagi mereka yang 'membujur lalu melintang patah' dalam bab makan minum ini?
DR. AMINI: Makanan halal mencakupi semua perkara yang kita ambil seharian untuk membolehkan kita beribadat kepada Allah SWT dan menjalankan fungsi kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.
Rezeki kita mestilah datang daripada sumber yang halal jika kita ingin sentiasa mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.
Mereka yang mengambil berat dalam soal makanan amatlah teliti sumber pengambilan makanannya. Ini kerana setiap makanan atau minuman yang kita ambil menjadi darah dan daging serta menjadi keberkatan hidup. Makanan yang kita ambil menentukan kecemerlangan ilmu.
Orang yang selalu memakan 'bangkai' (makanan yang tidak halal), tidak akan dapat mencapai kesempurnaan ilmu dan mencapai keberkatan Allah.
Kita perlu mengambil hanya rezeki yang baik lagi halal. Perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud: Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (al-Baqarah: 168)
Manusia perlu meningkatkan kecemerlangan diri, akhlak, sahsiah dan ekonomi. Justeru Allah SWT mewajibkan manusia mengambil sumber rezeki yang halal dan menghindari jalan pemerolehan rezeki yang tidak halal.
Di samping mengambil rezeki yang halal, manusia Muslim mesti memastikan mengambil sumber rezeki yang baik juga. Ada makanan yang halal tetapi tidak baik seperti monosodium glutamate dan minuman bergas atau berkarbonat.
Begitu juga dalam menggunakan sumber perolehan rezeki, manusia Muslim perlu menggelakkan diri daripada pembaziran dan perkara yang sia-sia.
Islam juga mengharuskan manusia mengambil faedah dan menggunakan keperluan-keperluan dunia untuk menuju ke akhirat. Tiada larangan untuk manusia mencari kebahagiaan di dunia asalkan ia dilakukan secara tidak melampau.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikurniakannya untuk hamba-hambanya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya. Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga tidak beriman) dalam kehidupan dunia. (Nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah kami jelaskan ayat-ayat keterangan kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui". (al-A'raaf: 32)
Ada yang beranggapan halal itu hanya jenis dan bentuk makanan itu sahaja. Benarkah begitu?
DR. AMINI: Halal bukan pada zahirnya sahaja seperti makanan halal. Yang lebih penting punca dan sumbernya untuk mendapatkan makanan tersebut mestilah daripada cara yang halal seperti tidak menipu, rasuah dan lain-lain.
Kaedah dan prinsip mencari rezeki juga mestilah dengan jalan yang halal. Jika melibatkan kaedah atau cara yang haram, maka sumber rezeki itu juga haram. Tuntutan agama untuk mencari sumber rezeki yang halal mestilah dipatuhi.
Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: Barang siapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah. (riwayat Al- Bukhari)
Kenapa pahalanya begitu besar diberi kepada orang yang mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarganya?
Besar juga pahala orang yang kerjanya melibatkan berbagai-bagai cabaran dan godaan dan dia berjaya melepasinya seperti kerja-kerja yang terdedah kepada risiko rasuah, suapan, komisen dan seumpamanya.
Orang yang pasrah kepada rasuah dan perlanggaran integriti adalah mereka yang gagal dan tidak prihatin terhadap masa depan keluarganya dan pembalasan di akhirat kelak.
Makanan yang halal membentuk jiwa, peribadi dan mental yang baik. Pemilihan makanan yang baik lagi halal dan seimbang boleh membentuk kesihatan yang baik seterusnya menghasilkan fikiran yang baik.
Makanan-makanan ringan umpamanya, walaupun halal tetapi tidak berapa baik untuk kesihatan. Justeru, pemilihan makanan yang berkhasiat, baik dan seimbang diperlukan untuk membentuk akal yang baik.
Akal yang baik dan tubuh badan yang sihat membolehkan akal berfungsi dengan sepenuh keupayaannya.
Zaman Nabi SAW, umat Islam diuji dengan peperangan pada bulan Ramadan. Hari ini, sebahagian besar 'tewas' tanpa berperang sehingga ada yang tidak solat akibat kekenyangan selepas berbuka. Kenapa jadi begitu?
DR. AMINI: Ini adalah satu masalah besar. Kita cuba melakukan satu tanggung jawab agama yang besar tetapi kita tidak prihatin atau mengabaikan satu lagi tanggung jawab agama yang besar. Orang seperti ini tidak faham agama.
Apa gunanya berpuasa kalau tidak bersolat! Begitu juga, apa gunanya bersolat kalau tidak berpuasa! Walau bagaimanapun ada kes yang lebih teruk, tidak bersolat sama sekali dan juga tidak berpuasa serta tidak menutup aurat. Ini kes yang sangat 'teruk bin teruk'.
Sebab itu, orang yang tidak solat kerana kekenyangan berbuka adalah mereka yang tidak faham tentang kewajipan bersolat dan adab berbuka.
Puasa sepatutnya mengubati penyakit rohani seperti bakhil, kedekut, tidak kasihan dan prihatin kepada orang lain, mementingkan diri sendiri dan puasa juga sepatutnya mengubati penyakit agama iaitu tidak bersolat dan tidak menutup aurat.
Ramai yang berpuasa tetapi masih meninggalkan ajaran agama. Ini menunjukkan puasa mereka bermasalah dan tidak mendatangkan kesan kepada penghayatan beragama dan komitmen beragama.
Kita sepatutnya membudayakan menjemput rakan berbuka di rumah. Ini sepatutnya menjadi budaya hidup kita untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia.
Rasulullah SAW menyarankan bahawa orang yang menjemput seseorang yang berpuasa ke rumahnya untuk berbuka puasa mendapat pahala sama seperti pahala puasa orang yang dijemputnya itu.
Adakah makanan yang haram menjadi punca amalan dan doa kita tidak dimakbulkan?
DR. AMINI: Memang betul, amalan dan doa tidak dimakbulkan jika kita mengambil makanan yang haram. Elakkanlah mengambil makanan yang haram sebabnya implikasinya membawa banyak musibah seperti amalan dan doa ditolak oleh Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: "Demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya 40 hari". (riwayat Tabrani)
Makanan yang haram tidak semestinya babi dan haiwan yang tidak disembelih sahaja. Ia termasuklah juga sumber-sumbernya. Orang yang mendapat gaji kerana bekerja tetapi selalu curi tulang atau ponteng adalah contoh mereka yang memperolehi sumber rezeki yang haram.
Kadang-kadang kita lihat, orangnya kaya raya tetapi anak-pinaknya hidup dalam keadaan kucar kacir dan tungganglanggang atau tidak 'menjadi'.
Kalau kita buat analisis secara tuntas, kita akan dapati orang ini walaupun kaya-raya, sumbernya datang daripada jalan salah.
Maka kesannya bukan sahaja ke atas yang empunya diri, bahkan melibatkan anak-pinaknya juga.
Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: "Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertakwa". Apakah huraian hadis ini?
DR. AMINI: Pertama, makanan orang yang bertakwa ialah makanan yang halal lagi baik dan daripada sumber yang halal.
Kedua, makanan yang menepati sunah Nabi Muhammad SAW dan apa yang dianjurkan oleh Allah SWT.
Ketiga, makanan yang berkualiti dan berkhasiat yang dapat meningkatkan kualiti ibadah kita.
Keempat, makanan yang diambil oleh para nabi, wali dan orang-orang soleh.

puasa pesakit kronik

KEDATANGAN bulan Ramadan memang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Masing-masing berlumba-lumba menambah ibadah untuk mendapat keberkatan serta keredaan daripada Allah S.W.T. Kemeriahan untuk berpuasa juga dirasakan oleh golongan yang menghidapi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
Memang tidak dinafikan ramai antara pesakit masih belum mengetahui cara puasa yang terbaik bagi mereka. Ada yang melahirkan kerisauan dan tidak kurang juga melakukan cara tersendiri yang difikirkan baik untuk diri mereka.
Pakar pemakanan Pusat Perubatan Sime Darby, Nurul Aziah Musa berkata, bagi mereka yang mengalami penyakit buah pinggang kronik, pengambilan makanan berkhasiat harus dititikberatkan.
"Ini kerana pemakanan yang betul akan membantu memperlambatkan proses kegagalan buah pinggang. Selain itu, ia mengurangkan komplikasi lain seperti penyakit berkaitan kardiovaskular. Sehubungan itu, golongan ini dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarangan makanan dan pastikan ia mengandungi kalori, protein, karbohidrat, lemak dan imbangan elektrolit," jelasnya ketika menyampaikan ceramah Pemakanan Pesakit Kronik di forum kesihatan anjuran Fresenius Kabi Malaysia Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagaimanapun menurut Nurul Aziah, corak pemakanan untuk pesakit buah pinggang kronik sebenarnya bergantung pada tahap penyakit mereka. Tahap tersebut ialah sama ada di peringkat awal, peringkat pra dialisis dan semasa dialisis.
"Pada peringkat awal rawatan, tekanan darah dan kandungan gula dalam darah perlu dikawal. Pada ketika ini, pesakit mesti mengelak daripada memakan beberapa jenis ubat. Yang paling utama mereka perlu mendapatkan panduan pemakanan yang betul dan senaman. Selain itu mereka perlu berjumpa doktor," tambahnya.
Sementara itu, katanya, bagi pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi pula, golongan ini mestilah mengambil pemakanan yang sesuai bagi mengurangkan tekanan darah.
"Mereka disarankan mengikuti DASH Diet, iaitu mengambil makanan yang mengandungifiber tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu tanpa lemak.
"Dicadangkan 6 gram sodium klorida atau kurang daripada 2,400 miligram sodium ataupun 1 sudu teh garam sehari harus diambil oleh seseorang individu yang ingin mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanannya.
"Pastikan memasak bahan mentah seperti daging ayam, lembu dan ikan yang segar dan elakkan daripada memakan makanan segera yang diproses serta makanan dalam tin. Gunakan herba dan rempah asli dan jika mahukan perasa gunakan yang tanpa garam," jelasnya.
Nurul Aziah berkata, pesakit kencing manis atau diabetes pula sebaiknya mengekalkan pemakanan diabetik demi mengawal kandungan gula dalam badan.
"Ramai pesakit diabetes yang keliru sama ada mereka boleh makan buah atau tidak. Sebaiknya pesakit diabetes mesti mengamalkan pemakanan seimbang dan memasukkan pelbagai jenis buah dalam pemakanan mereka. Tetapi buah mestilah dimakan dengan makanan lain dan bukan buah semata-mata.
"Kadar pengambilan pula ialah tiga hingga lima hidangan setiap hari untuk sayur manakala dua hingga tiga hidangan untuk buah-buahan, " jelasnya.
Menurutnya, pesakit diabetes dalam bulan Ramadan ini jangan meninggalkan sahur dan jangan melambatkan berbuka.
"Paling utama kurangkan pengambilan makanan bergula. Makan buah dengan makanan lain sewaktu sahur dan berbuka. Karbohidrat yang mengandungi fiber tinggi amat digalakkan dalam setiap hidangan.
"Dalam pada itu, pesakit diabetes disarankan mengurangkan makanan bergoreng dan mengandungi lemak. Kurangkan juga makanan yang mengandungi garam tinggi untuk mengurangkan risiko cecair kering di dalam badan," katanya.
Jelasnya, memang agak sukar memastikan individu yang berpuasa meminum lapan gelas air setiap hari, tetapi mereka mestilah berusaha untuk meminum banyak air ketika sahur dan berbuka.
Menurut Nurul Aziah, pesakit diabetes, darah tinggi dan buah pinggang kronik juga boleh melakukan senaman seperti aerobik untuk membakar lemak dan meningkatkan stamina.
Ia boleh dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali seminggu selama 20 hingga 40 minit setiap kali senaman.
"Ketiga-tiga penyakit ini memang berkait rapat, jadi adalah lebih baik pesakit yang mengalami salah satu penyakit yang dinyatakan memastikan tahap tekanan darah dan gula dalam darah mereka terkawal bagi mengurangkan risiko komplikasi penyakit lain.
"Cara pemakanan yang betul ketika puasa boleh membantu mempertingkatkan kesihatan anda. Apa yang boleh anda lakukan juga ialah mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyakit yang dialami dan berbincang dengan doktor demi kesihatan anda sendiri," akhirinya.

manusia bertelanjang di padang mahsyar

Daripada Aisyah r.a. Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Dikumpulkanlah semua manusia di padang mahsyar pada hari kiamat dengantelanjang kaki, telanjang tubuh dan tidak berkhitan kemaluannya."Saya bertanya: "Ya Rasulullah, kalau begitu kaum wanita dan kaum lelaki semuanyadapat melihat antara yang sebahagian dengan sebahagian yang lainnya."Beliau s.a.w. menjawab: "Hai Aisyah, peristiwa pada hari itu lebih sangat(dasyat) untuk menjadi perhatian mereka daripada memerhatikan orang lain."Dalam riwayat lain disebutkan:"Peristiwa pada hari itu lebih penting untuk diperhatikan oleh setiap orang -daripada yang sebahagian melihat kepada sebahagian yang lain."(Muttafaq 'alaih)

Khamis, 27 Ogos 2009

ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
Bacalah Al-Qur'an tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S..W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya? "
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Khalifah Umar bin Abdul Aziz Yang Agung

Biodata Ringkas
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin HakamNama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-KhatabTahun Lahir : 61HUmur : 39 tahunTarikh Wafat : 101HJawatan : Khalifah Ke 6 Bani UmaiyyahTarikh Lantikan : Safar 99H @ 717MLama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan
Pendidikan
Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)
Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah seperti berikut :
"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."
"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"
"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."
"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".
"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya. "
"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"
Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".
4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"
5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"
6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"
7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."
Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah
Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.
Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.. ...
Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan
2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan. ...
Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat....... .kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..
Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini....hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas.....! !!

6 PERTANYAAN

ENAM PERTANYAAN [Kata mutiara]Suatu hari Seorang Guru berkumpul dengan murid-muridnya. ..Lalu beliau mengajukan enam pertanyaan.. .Pertama..."Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini...???"Murid-muridnya ada yang menjawab..." orang tua", "guru", "teman", dan "kerabatnya" .Sang Guru menjelaskan semua jawaban itu benar...Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "kematian".. .Sebab kematian adalah PASTI adanya....Lalu Sang Guru meneruskan pertanyaan kedua..."Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini...???"Murid-muridnya ada yang menjawab... "negara Cina", "bulan", "matahari", dan "bintang-bintang" ...Lalu Sang Guru menjelaskan bahwa semua jawaban yang diberikan adalah benar...Tapi yang paling benar adalah "masa lalu"...Siapa pun kita... bagaimana pun kita...dan betapa kayanya kita... tetap kitaTIDAK bisa kembali ke masa lalu...Sebab itu kita harus menjaga hari ini... dan hari-hari yang akan datang..Sang Guru meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga..."Apa yang paling besar di dunia ini...???"Murid-muridnya ada yang menjawab "gunung", "bumi", dan "matahari".. .Semua jawaban itu benar kata Sang Guru ...Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"...Banyak manusia menjadi celaka karena memperturutkan hawa nafsunya...Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu duniawi ...Karena itu, kita harus hati-hati dengan hawa nafsu ini... jangan sampainafsu membawa kita ke neraka (atau kesengsaraan dunia dan akhirat)...Pertanyaan keempat adalah..."Apa yang paling berat di dunia ini...???"Di antara muridnya ada yang menjawab... "baja", "besi", dan "gajah"..."Semua jawaban hampir benar...", kata Sang Guru .tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"...Pertanyaan yang kelima adalah... "Apa yang paling ringan di dunia ini...???"Ada yang menjawab "kapas", "angin", "debu", dan "daun-daunan" ..."Semua itu benar...", kata Sang Guru...tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan ibadah"...Lalu pertanyaan keenam adalah..."Apakah yang paling tajam di dunia ini...???"Murid-muridnya menjawab dengan serentak... "PEDANG...!! !""(hampir) Benar...", kata Sang Gurutetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia"...Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati... danmelukai perasaan saudaranya sendiri...Sudahkah kita menjadi insan yang selalu ingat akan KEMATIAN...senantiasa belajar dari MASA LALU...dan tidak memperturutkan NAFSU...???Sudahkah kita mampu MENGEMBAN AMANAH sekecil apapun...dengan tidak MENINGGALKAN IBADAH....serta senantiasa MENJAGA LIDAH kita...???

Abu Dzar Al-Ghifari

Abu Dzar al-Ghifari merupakan seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal dengan perbendaharaan ilmu pengetahuannya dan kesholehannya. Ali RA berkata mengenai Abu Dzar RA: "Abu Dzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperoleh dari orang lain."
Ketika dia mulai mendengar khabar tentang kerasulan Nabi SAW, dia telah mengutus saudara lelakinya menyelidiki lebih lanjut mengenai orang yang mengaku menerima berita dari langit. Setelah puas menyelidiki, saudaranya pun melaporkan kepada Abu Dzar bahwa Nabi Muhammad SAW itu seorang yang sopan santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibacakan kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair.
Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abu Dzar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataan. Setibanya di Makkah, dia terus ke Baitul Haram. Pada waktu itu dia tidak kenal Nabi SAW, dan melihat keadaan pada waktu itu dia merasa takut hendak bertanya mengenai Nabi SAW. Ketika menjelang malam, dia dilihat oleh Ali RA. Oleh karena ia seorang musafir, Ali terpaksa membawa Abu Dzar ke rumahnya dan melayani Abu Dzar sebaik-baiknya sebagai tamu. Ali tidak bertanya apapun dan Abu Dzar tidak pula memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke Makkah. Pada keesokkan harinya, Abu Dzar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abu Dzar gagal menemui Nabi karena pada waktu itu orang-orang Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir musyrikin. Pada malam yang keduanya, Ali membawa Abu Dzar ke rumahnya.
Pada malam itu Ali bertanya: "Saudara, apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?"
Sebelum menjawab Abu Dzar meminta Ali berjanji untuk berkata benar. Kemudian dia pun bertanya kepada Ali tentang Nabi SAW. Ali berkata: "Sesungguhnya dialah pesuruh Allah. Esok engkau ikut aku dan aku akan membawamu menemuinya. Tetapi awas, bencana yang buruk akan menimpa kamu kalau hubungan kita diketahui orang. Ketika berjalan esok, kalau aku dapati bahaya mengancam kita, aku akan berpisah agak jauh sedikit dari kamu dan berpura-pura membetulkan sepatuku. Tetapi engkau terus berjalan supaya orang tidak curiga hubungan kita."
Pada keesokkan harinya, Ali pun membawa Abu Dzar bertemu dengan Nabi SAW. Tanpa banyak tanya jawab, dia telah memeluk agama Islam. Karena takut dia diapa-apakan oleh musuh, Nabi SAW menasehatkan supaya cepat-cepat balik dan jangan mengabarkan keislamannya di khalayak ramai. Tetapi Abu Dzar menjawab dengan berani: "Ya Rasullulah, aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya, bahwa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu."
Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya. Selepas ia meninggalkan baginda, dia mengarah langkah kakinya ke Baitul Haram di hadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia mengucapkan dua kalimah syahadah.
"Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad itu pesuruh Allah."
Tatkala mendengar ucapan Abu Dzar itu, orang-orang kafir pun menyerbunya lalu memukulnya. Kalau tidak karena Abbas, paman Nabi yang ketika itu belum Islam, tentulah Abu Dzar menemui ajalnya di situ.
Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu Dzar: "Tahukah kamu siapa orang ini? Dia adalah turunan Al Ghifar. Khafilah-khafilah kita yang pulang pergi ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, sudah tentu mereka menghalangi perniagaan kita dengan Syam."
Pada hari berikutnya, Abu Dzar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas.
Kegairahan Abu Dzar mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan kafir Quraisy sungguh-sungguh luar biasa jika dikaji dalam konteks larangan Nabi SAW kepadanya. Apakah dia bisa dituduh telah mengingkari perintah Nabi? Jawabannya tidak. Dia tahu bahwa Nabi SAW sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya ke arah menyebarkan agama Islam. Dia hanya hendak menunjukkan Nabi SAW walaupun ia mengetahui, dengan berbuat demikian dia melibatkan dirinya dalam bahaya. Semangat keislamannya yang beginilah yang telah menjadikan para sahabat mencapai puncak keimanan dalam alam lahiriyah serta batiniyah. Keberanian Abu Dzar ini selayaknya menjadi contoh kepada umat Islam dewasa ini dalam rangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah. Kekejaman, penganiyaan serta penindasan tidak semestinya bisa melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

kawan di akhir zaman

Kawan? Siapa yang dikatakan kawan bagi kita? Apa peranan kawan kepada kita?Bercakap soal kawan, mengingatkan saya tentang sahabat-sahabat saya di alam perjuangan seketika dahulu. Betapa indahnya nilai ukhuwah antara kami yang sehingga kini tiada bandingan. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, biarlah doa pengikat ukhuwah sentiasa bersama walaupun hakikatnya, jasad tidak bersama.Namun, ada juga duka bersama sahabatku yang tak dapat kutemui walaupun berada di depan mata. Itulah dunia yang kejam bagi diriku. Akhir zaman menyaksikan pelabagi jenis raga manusia. Biarlah hari ini kawan yang menjadi saksi bagi kita sepanjang bersamanya. Hakikatnya, penilaian telah dibuat oleh Yang Maha Kuasa sejak azali lagi…Beginilah ragam kawan dan sahabat di akhir zaman ini…Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang benar-benar sibukDengan urusan baiki diri nyaYang ada kini hanyaSibuk dengan urusan mengumpul duniaWalau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang bergelumang dengan majlis ilmu menafaatYang sanggup bersusah dan penatDalam mengejar dan memahami ilmu menafaatYang ada kini hanya lahBerbangga dengan ijazah yang menjelaTapi ilmu fardhu Ain nya kosong belakaKawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiAhli profesyenal yang bertaqwaYang benar-benar meletakan Islam di jiwaMengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sanaYang ada hanya ahli professional yang lalai dan lekaYang hidup nya lebih barat dari baratIbadah dan amal terasa amat beratKawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang bersilaturrahim kerana tiada kepentinganYang berhubung hanya niat bertanya khabarYang ada hanyaYang berkroni untuk mendapat projek yang sedia adaBersahabat untuk mendapat labaKawan di akhir zaman iniPayah untuk kita temuiYang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiriYang menghidupkan ilmu yang adaYang mensyiarkan Islam pada diri merekaYang ada hanyalahYang suka berbincang dosa-dosa orang lainYang menghidupkan ‘sunnah’ baratYang melupakan kehidupan akhiratKawan di akhir zaman iniSusah untuk kita temuiYang menjadikan masjid tempat pertemuanYang menjadikan program usrah tempat berkenalanYang ada hanyaYang menjadikan komplek tempat membuang umurYang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhiburKawan di akhir zaman iniSusah untuk kita temuiYang menjadikan sunnah sebagai hiburanMenjadikan nasyid nyanyian harianMenjadikan selawat ucapan kelazimanYang ada hanyaArtis di jadikan bahan pujaanNyanyian melalaikan dijadikan hiburanDianggap moden dan berketrampilanKawan di akhir zaman iniSusah untuk kita temuiYang senantisa merasai mati itu sangat hampirYang senantiasa merasai jelingan IzrailMenangis cemas mengenangkan saat kematianMerintih sayu mengenangkan persediaanYang ada hanyaYang panjang angan-anganMengumpul dunia kerja seharianSeolah kematian itu sangat jauhSeperti alam barzakh itu tidak ditempuh(p/s : berhati-hati dalam memilih kawan)

A GOOD HEART

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam semingguDalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badanDalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.c. Kedua-dua lututd. Kedua-dua tapak kakiDalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh SyurgaAl Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumiDi langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:i. Nafsu ammarahii. Nafsu lawwamahiii. Nafsu mulhamahiv. Nafsu mutmainnahv. Nafsu radhiahvi. Nafsu mardhiahvii. Nafsu kamilahIsi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.