Khamis, 17 September 2009

masej dari sahabat ku 3


RENUNG-RENUNGKAN. ....
Subject: Fw: Murtad (terbatal syahadah) dan syirik bagi kamu ... mesti baca sampai habis, jangan skip to the end.
Subject di atas ditujukan kepada sesiapa yang terlibat dengan penghantaran dan penyebaran email atau surat berantai seperti yang kamu pernah terima atau kamu pernah hantar iaitu yang jenis :
"Jangan delete email ini sebelum di hantarkan kepada 10 orang lain"
atau
"Emailkan kepada 12 orang, kamu akan dapat berita baik selepas 12 jam"
atau
"Saya telah emailkan kepada 10 orang dan sejam kemudian saya mendapat
durian runtuh" dan lain-lain lagi...

Ulasan
1. Walau apa pun isi kandungan sebelumnya, sama ada "Doa Nabi", Ayat
Alquran, Peringatan dll.... tapi jika di sertakan dengan perkara diatas... kamu sudah syirik jika kamu menyebarkan dengan yakin.

2. Walau kamu tak yakin, tetapi tetap menyebarkannya kepada orang ramai, DAN JIKA ada yang menerimanya yakin akan kata-kata tersebut...
KAMU JUGA MENDAPAT SAHAM DOSA TERSEBUT DAN SAHAM ITU BOLEH
DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI MLM ATAU SISTEM PIRAMID YANG MANA KAMU AKAN TERUS MENERUS MENDAPAT SAHAM DOSA DARIPADA DOWNLINE KAMU.

3. Baca petikan ini sampai habis

Hakikat Sebenar Surat Berantai. Sila Baca....harap menjadi panduan

Soalan 1
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita
bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan
berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan
sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai.
Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di
akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan
kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu.. Sekiranya
dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat.. Dan
apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah
hukumnya mempercayai surat ini?

Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia
diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan
yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada
rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.

Jawapan
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu.
Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa
Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan
kepadanya.. Seolah-olah Rasululllah SAW belum selesai tablighnya. Kita
ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah
s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu
ikut yang mana? Surat inikah atau alQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan
mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan
sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara
tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini
akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah.

Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur.

Tiada ulasan: