Isnin, 7 September 2009

Biografi Abuya Maliki - Sempena Haul Ke-5

Abuya Maliki Akan Senantiasa Dikenang……….. Bhg. 1


حدثنا هارون بن اسحاق الهمداني، أخبرنا عبدة بن سليمان عن هشام بن عروة، عن أبيه، عن عبد اللّه بن عمرو بن العاص قال: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: إن اللّه لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس ولكن يقبض العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يترك عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا “.رواه البخاري في كتاب العلْم و مسلْم


Biarpun telah ramai yang menulis dan memaparkan biografi beliau رضي الله عنه di dada internet, namun al-Faqir berhasrat untuk mencoretkan juga walaupun secara ringkas biografi beliau رضي الله عنه demi kerana kecintaan al-Faqir kepada beliau ,رضي الله عنه. Coretan yang al-Faqir kutip dari pelbagai sumber dan al-Faqir kongsikan sebahagian dari koleksi foto al-Faqir yang berkaitan dengan beliau رضي الله عنه .

Beliau رضي الله عنه , seorang ulama yang semerbak harum namanya diserata dunia, terutama dikalangan para pencinta ilmu dan ulama. Kewibawaan dan keilmuan beliau رضي الله عنه diakui dan dihormati oleh para ulama semasa juga oleh mereka yang menentangnya. Kitab karangannya menjadi rujukan. Beliau رضي الله عنه adalah jurucakap kepada golongan ahlus sunnah wal jamaah di dalam menghadapi fahaman-fahaman yang melampau, yang ekstrim … (yang menolak bahkan mencerca ulama silam) . Beliau رضي الله عنه adalah imam ahlus sunnah wal jama’ah abad ke-21. Beliau رضي الله عنه , ulama rabbani di abad ini. Beliau رضي الله عنه ulama yang meneruskan kegemilangan ayahnya, datuknya dan moyang-moyang beliau di dalam dunia keilmuan dan pentarbiyahan. Beliau رضي الله عنه seorang ulama yang teguh dengan pendirian, tidak goyah dengan pelbagai cabaran dan rintangan serta tohmahan yang dihadapi. Beliau رضي الله عنه menjaga adab ketika berbeda pendapat serta menjauhi sifat melampau di dalam tindakan atau perkataan dalam menghadapi golongan yang tidak sependapat dengannya.


Al-Habib Muhammad bin ‘Aydrus al-Haddad menyifatkan keteguhan beliau رضي الله عنه di dalam syairnya:

Sungguh beliau telah mampu mematahkan hujjah orang yang menentangnya. Sedikitpun beliau tidak terlukai

Bahkan beliau bersedia untuk dipenggal lehernya, namun beliau tetap tidak akan berundur dari pendiriannya

Pendirian yang telah dipegang teguh oleh para ulama yang besar-besar, yang telah memimpin umat ini dimasa silam

Tatkala melihat kehebatan penguasaan ilmu beliau رضي الله عنه pada usianya yang masih muda, seorang guru beliau, iaitu al-‘Allamah Syaikh Muhammad Nur Saif pernah berkata kepada ayahanda beliau: Wahai Sayyid ‘Alawi, jangan marah jika perkataanku mengecilkan hatimu, apabila aku katakan bahwa anakmu ini merupakan ranting yang melebihi batangnya. Mendengarkan perkataan itu ayahandanya ketawa lalu menjawab: Tidak, aku tidak berkecil hati, tetapi sebaliknya ini adalah kebanggaan bagiku.



Itulah, sosok ulama besar di abad ini, al-‘Allamah al-Muhaddits al-‘Arifbillah Professor Dr. Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maiki al-Idrisi al-Hasani. Di kalangan murid-murid dan pencintanya, beliau lebih dekat dengan panggilan Abuya Maliki @ Buya Maliki.

Kelahiran dan keturunan: Beliau رضي الله عنه dilahirkan dirumah ayahandanya yang terletak berhampiran Masjidilharam, Babus Salam Makkah al-Mukarramah pada tahun 1365H bersamaan dengan 1946M.

Beliau رضي الله عنه bernasabkan kepada keturunan yang mulia iaitu dari keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Keturunan beliau terdiri daripada para ulama. Ayahandanya, nendanya dan seterusnya keatas. Beliau رضي الله عنه berkata di dalam menzahirkan nikmat karunia itu:
سيد عالم أبي و جد، هكذا إلى المختار
Ertinya: Dari ayahandaku, kemudian datukku dan seteusnya sampai kepada Rasul Yang Terpilih صلى الله عليه وآله وسلم, adalah penghulu dan orang ‘alim.


Beliau رضي الله عنه berkata lagi: Nendanya yang pertama - Sayyid ‘Abbas, kedua - Sayyid ‘Abdul Aziz, ketiga – Sayyid ‘Abbas, keempat – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kelima – Sayyid Muhammad al-Maliki dan keenam – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kesemuanya adalah orang ‘alim dan menjawat jawatan Imam dan Khatib al-Masjidilharam. Dapat dipastikan dengan bukti yang jelas, bahwa sepanjang enam keturunan tersebut sebelum beliau terdiri daripada ulama besar. Sebelum itu ada juga yang menjawat jawatan Imam dan Khatib serta menjadi mudarris di Masjidilharam, namun tidak dirakamkan di dalam daftarrasmi Masjidilharam.

Keluarga beliau رضي الله عنه lebih dikenali dengan dengan gelaran al-Maliki dari al-Hasani kerana salah seorang daripada nenda beliau dilantik menjadi Mufti Mazhab Maliki di Makkah al-Mukarramah pada zaman pemerintahan Syarif ‘Aun (gambar sebelah). Oleh kerana itulah keluarga beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Maliki.

....sambung Bhg.2

Abuya Maliki Akan Senantiasa Dikenang……….. Bhg. 2

Sambungan dari bahagian 1 .....

Pendidikan:
Beliau رضي الله عنه mendapat pendidikan formal di Madrasah al-Falah dan Madrasah Tahfiz al-Quran di Makkah. Manakala pengajian tidak formal pula beliau dapati dari halaqah-halaqah ilmu di Masjidilharam. Beliau رضي الله عنه dikatakan sudah menghafal al-Quran diusia 7 tahun, manakala menghafal kitab Muwattho ketika berusia 15 tahun. Dan mendapat jolokan ‘Muwattho Yang Berjalan’ kerana penguasaan dan kepakaran beliau mengenai kitab tersebut.


Setelah itu beliau رضي الله عنه mengembara ke banyak negara untuk menuntut ilmu daripada para ulama tersohor seperti di India, Libya, Mesir, Maghribi, Pakistan dan Indonesia. Beliau juga menuntut di Universiti al-Azhar diperingkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PhD). Beliau berjaya meraih ijazah kedoktoran dalam bidang hadits di Universiti al-Azhar dengan taqdir Muntaz (cemerlang) ketika berusia 25 tahun.

Guru-guru beliau: Beliau mempunyai guru yang tidak terkira banyaknya. Antaranya:




Ulama Mekah dan Madinah
  • Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas al-Maliki al-Hasani (ayahnya, wafat 1391H)
  • Syaikh Muhammad Yahya Aman al-Makki al-Hanafi (1387H)
  • Syaikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani (wafat 1390H)
  • Syaikh Hasan bin Said al-Yamani (wafat 1391H)
  • Syaikh Hasan bin Muhammad al-Masyaath (wafat 1399H)
  • Sayyid Muhammad bin Amin al-Kutbi (wafat 1404)
  • Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji (wafat 1410H)
  • Syaikh Muhammad Nur Saif bin Hilal (wafat 1403H)
  • Syaikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani al-Makki (wafat 1410H)
  • Syaikh ‘Abdullah bin Ahmad Dardum (1407H)
  • Syaikh Ishaq bin Hasyim ‘Azuz al-Makki
  • Al-Habib Hasan bin Muhammad Fad’aq
  • Al-Habib ‘Abdul Qadir bin ‘Aydrus al-Bar
  • Syaikh Muhammad Kholil bin ‘Abdul Qadir Toibah al-Makki
  • Syaikh Ahmad bin Yaasiin bin Ahmad al-Khiyari asy-Syafie al-Madani, Syaikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah
  • Syaikh Hasan bin Ibrahim asy-Syair, Syaikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah
  • Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Mubarak al-Ihsaai
  • Syaikh Muhammad bin Abu Bakar al-Mulla al-Ihsaai
  • Syaikh Muhammad al-Musthofa ibn al-Imam ibn ‘Abdul al-Qadir al-‘Alawi asy-Syanqiti
  • Syaikh Muhammad al-Mujtaba bin Mukhtar bin Mujtaba asy-Syanqiti
  • Syaikh al-Mu’ammar Dhiyauddin Ahmad ibn asy-Syaikh ‘Abdul ‘Azim al-Qaadiri al-Madani (bermuar lebih daripada 100 tahun)
  • Syaikh ‘Abdul Ghafur bin Syah al-‘Abbasi al-Madani an-Naqsyabandi

Ulama Hadramaut/Yaman
  • Al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith
  • Al-Habib ‘Alwi ibn ‘Abdullah bin Aydrus bin Syihab at-tarimi
  • Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi bin Syihab
  • Al-Habib ‘Abdur Rahman ibn Shohib ‘Sabil al-Muhtadin’ al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Atthos
  • Al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Seggaf @ as-Saqqaf
  • Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad
  • Al-Habib “Alwi bin ‘Abdullah as-Saqqaf Aal al-Qaadhi
  • Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah bin Syaikh Abi Bakar bin Salim
  • Al-Habib ‘Ali bin Salim bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
  • Sayyid Hasan bin Ahmad bin ‘Abdul Baari al-Ahdal al-Yamani
  • Sayyid Muthohhar bin Mahdi al-Ghurbani,
  • Sayyid Ismail bin Mahdi al-Ghurbani, pengarang kitab Nafasul Rahman.
  • Syaikh Fadhl ibn Muhammad bin ‘Awadh BaFadhal at-Tarimi
  • Sayyid Ahmad bin Muhammad Zubaarah, Mufti Yaman
  • Sayyid Muhammad Yahya Dum al-Ahdal al-Yamani
  • Al-Mu’ammar Buhaanuddin Abu Muhammad as-Sayyid Ibrahim bin Umar bin ‘Aqiil Ba’alawi al-Husaini al-Hadhrami, Mufti Ta`iz




Ulama Mesir
  • Syaikh Muhammad al-Hafidz bin ‘Abdul Lathif at-Tijani al-Mishri, Syaihul Hadits di Mesir (wafat 1398H)
  • Syaikh Hasanain bin Muhammad Makhluf, Mufti Mesir (wafat 1411H)
  • Syaikh Sholeh bin Muhammad al-Ja’fari, Imam dan tenaga pengajar di Jami’ al-Azhar
  • Syaikh Amin bin Mahmud Khottob al-Subki al-Mishri
  • Al-Mu’ammar Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah bin Ibrahim al-‘Aquuri, murid kepada al-Amir ash-Shoghir, Syaikh Ibrahim al-Baajuuri dan al-Mu’ammar Abi ‘Ali Hasan al-‘Adawi – mereka semua adalah belajar dari al-Amir al-Kabir
  • Syaikh asy-Syarif Muhammad bin Ibrahim Abu al-‘Uyuun al-Azhari al-Khalwati

Ulama Indonesia
  • Al-Habib al-Mu’ammar ‘Ali bin ‘Abdurramhan bin ‘Abdullah al-Habsyi – Habib Ali Kwitang
  • Al-Habib ‘Ali bin Hussin bin Muhammad al-Atthos – Habib ‘Ali Bungur
  • Al-Habib Hamid bin Muhammad bin Salim as-Sari
  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Zein al-Haddad
  • Al-Habib Syaikh bin Salim bin ‘Umar al-‘Atthos
  • Al-Habib Salim bin Ahmad bin Jindan ibn asy-Syaikh Abu Bakar bin Salim
  • Al-Habib Muhammad bin Salim bin Ahmad bin Hassan al-‘Atthos
  • Al-Habib al-Mu’ammar ‘Abdur Rahman bin ‘Abdullah al-Habsyi al-Falimbani – murid kepada Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi, pengarang Simtud Durar
  • Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Kaf - murid kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos




Ulama Syam
  • Asy-Sayyid asy-Syarif Muhammad al-Makki bin Muhammad bin Ja’far al-Kattani, Mufti Mazhab Maliki di Dimasyq
  • Syaikh Hasan bin Muhammad Marzuq Hanabakah al-Maidani al-Dimasyqi
  • Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Ghani ‘Uyun al-Sud al-Hims, Syaikh al-Qurra`
  • Syaikh Muhammad Sholeh bin ‘Abdullah al-Farfur al-Hasani ad-Dimasyqi
  • Syaikh Muhammad As’ad al-‘Abaji, Mufti Mazhab Syafie di Halab
  • Abu Ahmad Syaikh Muhammad Sa’id bin Ahmad al-Idlibi ar-Rafie al-Halabi asy-Syafie
  • At-Thobib (Dr. – perubatan) asy-Syaikh Muhammad Abu al-Yusr bin Muhammad Abi al-Khair bin Ahmad ‘Aabidin al-Husaini ad-Dimasyqi al-Hanafi, Mufti Negara Syam

Ulama Maghribi, Tunisia dan al-Jazaair (Algeria)
  • Syaikh asy-Syarif ‘Abdul Kabiir bin Muhammad as-Soqili al-Maahi al-Husaini al-Maghribi
  • Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Maghribi
  • Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Maghribi
  • Syarif Muhammad Munthasir Muhammad az-Zamzami bin Muhammad bin Ja’far al-Kattani
  • Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad Qanun al-Hasani al-Maghribi
  • Syaikh al-Faaruaqi bin ar-Rahaali al-Marakeshi
  • Syaikh Muhammad at-Thohir ibn ‘Asyuur at-Tunisi
  • Syaikh at-Thoyyib bin al-Maulud bin Musthofa al-Mahaaji al-Jazaairi

Ulama Hind (India) dan Pakistan
  • Syaikh Muhammad Zakariyya bin Muhammad Yahya al-Kandahlawi tsumma al-Madani, Syaikhul Hadits di Sahaaranpuur
  • Syaikh Habibur Rahman ibn Muhammad Shoobir bin ‘InayatuLlah al-A’azomi, Syaikhul Hadits di Madzhar al-Ulum, Madras
  • Syaikh as-Sayyid Muhammad Yusuf ibn Muhammad Zakaria al-Banuuri, Syaikhul Hadits di Karachi
  • Syaikh Muhammad Syafii’ bin Muhammad Yaasiin al-Utsmaani ad-Deobandi, Mufti Pakistan
  • Syaikh Zafar Ahmad al-Utsmaani at-Tahaanawi al-Hind
  • Syaikh Muhammad Ibrahim al-Balyawi
  • Syaikh as-Sayyid Fakhruddin Ahmad al-Murad Abadi, Syaikhul Hadits di Deoband
  • Syaikh al-Mufti as-Sayyid Mahdi Hasan Syahjahanburi
  • Syaikh al-Mufti Mahmud bin Syaikh Muhammad Siddiq al-Multani
  • Syaikh Muhammad Yusuf bin Muhammad Ilyas al-Kandahlawi, Amir (Ketua) Jemaah Tabligh
  • Syaikh In’amul Hasan, Naib Ketua Jemaah Tabligh
  • Syaikh Muhammad Anzor Syah bin Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri
  • Syaikh al-Mufti Musthofa bin al-Imam Ahmad Redho Khan al-Barilawi al-Hind
  • Syaikh Abu al-Wafa al-Afghaani al-Haidaraabaad

Selain dari seorang yang mahir di dalam selok-belok ilmu hadits, beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam ilmu fiqih 4 mazhab. Dan beliau رضي الله عنه pernah mengatakan:

أنا ابن المذاهب الأربعة
Ertinya: Aku nak kepada empat mazhab. Yakni, beliau رضي الله عنه menguasai keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Tiada ulasan: