Khamis, 17 September 2009

masej dari sahabatku2


Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur.
Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan
mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini
adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam. Mari kita kaji
pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang
menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w
dalam mimpinya.

Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala.

Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini
adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula
beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah
untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya,
Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak
jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan
keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh
sahkan hal ini.
Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah
sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati
seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan
inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga
sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan.
Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya
memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini
dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah
memasukkannya kedalam Internet.
Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat
yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila,
kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah
lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari
Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah
haram.
Wallahu'allam.
Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang
kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam
mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT
DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD. Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis
asal surat ini ialah Mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang
paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut
Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di
Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai
mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 dibawah Cardinal Agostino
Casaroli. Father de Villa me! ninggal dunia pada tahun 1980 di Texas
dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy,
penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979,
tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga
1979.
Penjaga makam di Madinah ialah:

- Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy
(1881-meninggal dunia 1932) - anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jali

Tiada ulasan: