Ahad, 22 November 2009

PAKAIAN LUSUH

Renungan Bersama,

Zakat menyucikan,siapa yang berzakat akan berkat dan bertambah hartanya, Di dunia ini bagi menjadi kaya bukanlah dengan cara mengambil tetapi dengan cara memberi lebih besar berkat memberi dari menerima.
Sumbangan yang diharapkan supaya dikembalikan agar dikembalikan, bukanlah sumbangan.Ketahuila h,
Apa yang kamu makan habis
Apa yang kamu pakai lusuh
Apa yang kamu nafkahkan kekal

Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Nabi saw.
mengirim Mu'adz ke negeri Yaman. Beliau bersabda kepada-nya ;'' Ajaklah mereka supaya mengakui bahawa tiada Tuhan
selain ALLAh, dan sesungguhnya aku pesuruh ALLAH. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, terangkan kepada mereka bahawa ALLAH swt. mewajibkan kepada mereka
solat lima kali sehari semalam. ajarkan bahawa ALLAH swt.. memerintahkan kepada mereka supaya membayar zakat harta mereka,diambil dari orang yang kaya diantara mereka, dan diberikan pada orang-orang yang miskin. Jika itu yang telah dipatuhi mereka.Jagalah supaya kamu jangan mengambil harta mereka yang paling berharga. Takutilah doa orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya antara dia dengan ALLAH tidak ada dinding(doa orang yang teraniaya cepat diperkenankan ALLAH)- Hadith Shahih Bukhari 716


" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Tiada ulasan: