Have a Great Fasting Days!!!
Bersifat Pemurah Dibulan Ramadhan
Hadith :
“Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah
seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada
bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang
berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada
Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera
melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Huraian
1. Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk melipat
gandakan amal kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah
sifatnya yang peribadi atau personal dan merupakan rahsia antara
seorang manusia dengan Tuhannya.
2. Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna
bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadatnya pada bulan
Ramadhan sahaja. Tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang
memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik. Sabda Rasulullah
yang bermaksud :Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di-
dalam Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang
tahun itu adalah Ramadhan.
Have a Great Fasting Days--
Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.
Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan