Apabila manusia dirundung pelbagai masalah dalam kehidupan dan seolah-olah tiada insan lain yang ingin menghulurkan bantuan untuk mengharungi kedukaan tersebut, janganlah merasa gelisah kerana sesungguhnya Allah S.W.T. sentiasa berada bersama kita dan mendengar doa permohonan hamba-hamba- Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Doa adalah ibadah. (Lalu baginda membaca ayat): Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” [Hadis riwayat Imam al-Tirmdzi]
Menerusi hadis di atas dapat kita perhatikan bahawa doa itu termasuk dalam perkara ibadah. Justeru wajib doa itu dimohonkan ikhlas hanya kepada Allah S.W.T. dan tatacara doa itu hendaklah mengikuti apa yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w. Maka timbul pertanyaan bagaimanakah amalan tawassul yang diamalkan oleh segelintir manusia yang berdoa menerusi perantaraan zat atau kemuliaan Nabi s.a.w. ataupun orang-orang soleh yang telah meninggal dunia? Adakah tatacara ini bersesuaian dengan Sunnah Nabi s.a.w. seperti tanggapan sesetengah pihak?
Jumaat, 23 Oktober 2009
Jumaat, 2 Oktober 2009
apalah yang direbut rebut
Daripada al-Mustaurid bin Syaddad r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidaklah dunia ini kalau dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti sesuatu
yang seseorang di antara kamu memasukkan jarinya ke dalam air lautan, maka
cubalah lihat dengan apa ia kembali"
(Bermaksud, seberapa banyak air yang melekat di jarinya itu. Jadi dunia itu
sangat kecil nilainya dan hanya seperti air yang melekat di jari tadi
banyaknya.")
(Riwayat Muslim)
"Tidaklah dunia ini kalau dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti sesuatu
yang seseorang di antara kamu memasukkan jarinya ke dalam air lautan, maka
cubalah lihat dengan apa ia kembali"
(Bermaksud, seberapa banyak air yang melekat di jarinya itu. Jadi dunia itu
sangat kecil nilainya dan hanya seperti air yang melekat di jari tadi
banyaknya.")
(Riwayat Muslim)
Langgan:
Catatan (Atom)